Ping your blog, website, or RSS feed for Free

DISELAMATKAN DARIPADA NERAKA

 on Sunday, February 3, 2013  


DISELAMATKAN DARIPADA NERAKA
Oleh pastor dan penginjil Carmelo Brenes
(Diterjemah oleh Alfred C.)

Gereja Injil Penuh Tuhan (The Church of God of the Full Gospel) dengan hormatnya mempersembahkan kesaksian: “Diselamatkan daripada Neraka,” bersama dengan pastor dan penginjil Carmelo Brenes.

Pada tahun 1982, saya mengalami satu kemalangan yang membawa maut. Pada waktu itu kehidupan saya sudah tamat. Pada waktu yang sama ketika kewujudan saya di dunia sudah berakhir, saya menyedari semuanya gelap-gelita dan saya mulai berjalan di suatu torowong yang gelap. Suatu makhluk membawa saya lalu saya mulai mendengar jeritan dan tangisan. Saya faham bahawa kehidupan saya di bumi sudah berakhir. Namun hal yang paling mengerikan adalah ketika kami melalui terowong itu, saya merasa semakin takut. Saya sedar hal ini. Walaupun saya sudah meninggal dunia, namun saya hidup di suatu tempat yang lain.

Kami berjalan seketika di dalam terowong itu. Tiba-tiba saya mendengar teriakan dan tangisan yang belum pernah saya dengar sebelum ini. Semasa kami meneruskan perjalanan di dalam terowong yang sejuk dan gelap itu, saya ternampak ular yang sangat besar bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Saya juga mendengar banyak jeritan dan tangisan. Ada suatu yang ganjil mengenai tempat itu. Hampir semua orang di sana ada suatu persamaan iaitu mereka sangat inginkan air minum. Kami teruskan berjalan lalu sampai ke satu tempat terbuka seperti dataran yang tinggi dan di sana terdapat banyak bilik dan bahagian untuk orang-orang.

Saya mulai menangis ketakutan dan merayu kepada belas kasihan Tuhan. Saya berkata, “Tuhan, ingatlah hidup saya! Ampuni saya!” Pada ketika itu, perasaan yang ngeri menguasai diri saya. Saya rasa seperti seluruh kehidupan saya terpancar sekali lagi di hadapan mata saya. Saya berjalan bersama makhluk yang membawa saya. Semasa kami menghampiri suatu pintu, saya menjerit, “ampuni saya Tuhan, ampuni saya! Saya merayu padaMu Tuhan, tolong saya!!”

Tiba-tiba ada suatu kesunyian, dan saya mendengar satu suara berkata, “berhenti!” Disebabkan oleh suara itu seluruh neraka bergoncang. Makhluk yang membawa saya melepaskan genggamannya namun saya tidak jatuh ke tanah. Sebaliknya saya terimbang di satu tempat lalu saya mendengar suara yang sama berkata, “Aku bukan Tuhan orang penzina, Aku bukan Tuhan orang cabul, Aku bukan Tuhan orang pendusta. Mengapa engkau memanggilKu Tuhan sedangkan Aku bukan Tuhan orang yang memegahkan  diri?” Saya merasa sejenak bahawa seluruh tubuh saya akan dibinasa namun setelah beberapa ketika suara itu berkata dengan lembut, “mari saya tunjukkan kamu perkara yang berlaku di tempat ini yang menunggu semua orang yang tidak mengikuti jalanKu dan hidup mengikuti perasaan hati mereka.” Saya mulai berjalan di tempat itu sambil mendengar jeritan-jeritan yang menghancurkan jiwa saya. Kemudian kami berhenti di suatu sel di mana seorang perempuan sedang duduk di atas satu kerusi yang bergoncang. Pada mulanya ianya kelihatan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku padanya. Namun tiba-tiba dia menjadi seorang ahli sihir. Dia berteriak sambil mengerang dan mengeluh meminta tolong kerana seluruh tubuhnya dibakar dengan api. Dia mulai menjerit dengan dahsyat sekali dan merayu supaya seseorang menolongnya. Tuhan berkata kepada saya, “upah dosa adalah maut, dan sesiapa yang masuk ke tempat ini tidak akan pernah dapat keluar lagi.” Dia juga menunjukkan kepada saya kawah yang mengandungi seperti minyak yang mendidih di mana ada orang yang berada di dalamnya menderita kerana dibakar dalam api. Apabila mereka cuba untuk keluar, iblis akan datang dan menolak mereka kembali ke dalam kawah tersebut.

Tuhan menunjukkan kepada saya oleh kerana ketidaktaatan, ramai orang dari gereja Kristian dan gereja Injili yang datang ke tempat itu merayu belas kasihan terhadap kehidupan mereka. Namun ianya sudah tidak ada lagi kerana pengampunan cuma ada sewaktu mereka hidup di dunia. Sejurus selepas seseorang meninggal dunia, pengampunan sudah tidak ada lagi kerana Tuhan memberitahu kita dalam FirmanNya, “dan sama seperti manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi” (Ibrani 9:27). Kami terus berjalan lalu sampai ke suatu tempat khas bagi mereka yang pernah mendengar firman Tuhan namun mereka masih tidak bertobat. Saya lihat seorang wanita besama dua orang anaknya yang marah kepada emak mereka sambil berkata: “mengapa? Mengapa kamu tidak membawa kami ke sekolah minggu? Mengapa kamu tidak membenarkan kami pergi ke gereja?” Mereka memakinya sebab mereka pernah ingin ke gereja untuk mendengarkan firman Tuhan namun emak mereka tidak pernah membenarkan mereka ke gereja mendengarkan injil. Dia juga membawa saya ke satu tempat di mana terdapatnya pastor, penginjil, mubaligh dan orang yang percaya kerana pelbagai sebab.

                        Lalu perhatian saya tertuju kepada seorang pastor. Lelaki ini tidak percaya mengenai kuasa Roh Kudus, berkata-kata dalam bahasa roh, dan urapan Roh Kudus. Dia juga tidak percaya mengenai mukjizat kesembuhan daripada Tuhan. Namun waktu itu dia merayu pengampunan dan peluang untuk kembali ke dunia untuk memberitahu bahawa berkata-kata dalam bahasa Roh itu benar, Roh Kudus itu nyata, dan ada pelepasan daripada injil Tuhan. Namun ianya sudah terlambat baginya. Dia tidak dapat keluar dari tempat itu kerana masanya untuk bertobat dari kefasikannya hanya ketika dia di bumi. Walaupun dia seorang anggota gereja injili Kristian dan seorang pastor, namun dia tidak sempat menerima pengampunan. Terdapat juga mubaligh Kristian di tempat itu kerana dia meminta wang untuk misi penginjilan di Afrika namun dia hanya menggunakan separuh dari jumlah wang yang diberikan. Separuh lagi wang itu dia gunakan untuk dirinya sendiri dan sekarang dia merayu pengampunan untuk peluang yang kedua untuk mengembalikan wang tersebut. Dia ingat bagaimana dia menipu untuk mendapatkan wang tersebut namun sekarang dia merayu belas kasihan dan pengampunan. Tetapi apabila dia sedar pengampunan sudah tidak ada lagi lalu dia mulai mengutuk Yesus Kristus.

            Saya ingin memberitahu anda sekarang ianya tidak sama apabila anda hidup di dunia dan apabila anda hidup tempat penyiksaan itu. Di neraka anda akan mendengar jeritan dan keluhan penderitaan di mulut orang-orang yang pernah memuji Yesus di dalam gereja. Di tempat itu mereka berteriak merayu belas kasihan terhadap dosa mereka namun hanya di dunialah mereka mempunyai peluang tersebut. Sekarang mereka hanya menunggu untuk penghakiman kekal dan terakhir. Terdapat juga pastor yang mencuri perpuluhan dan persembahan daripada gereja mereka. Sekarang mereka ingin peluang sekali lagi namun ianya sia-sia kerana peluang tersebut hanya boleh diperolehi di dunia. Mereka menghabiskan siang dan malam menangis derita tidak henti-henti untuk melepaskan perbuatan jahat mereka. Peluang untuk bertobat hanyalah ketika anda di bumi kerana selepas meninggal tidak akan ada peluang lagi. Orang yang mati tanpa Yesus Kristus akan pergi ke neraka namun orang yang mati dalam Yesus Kristus akan mendapat hidup yang kekal. Ramai orang percaya bahawa kematian adalah titik akhir kewujudan sementara tubuh mereka masuk balik ke tanah. Selepas meninggal dunia kehidupan sebenar bermula dan perwatakan seorang yang percaya atau orang berdosa akan muncul lalu hidup samada dalam kemuliaan Tuhan atau dalam kebinasaan dan hina yang kekal. Pilihannya adalah di tangan anda sekarang. Pada waktu ini juga anda fikirkan dan pertimbangkan di mana anda ingin hidup kekal. Kekekalan di neraka atau kemuliaan Tuhan? Putuskanlah pada ketika ini juga.

            Kami meneruskan perjalanan lalu sampai ke tempat yang mengerikan di mana terdapat iblis segala jenis dan bentuk. Ada beberapa yang mempunyai hanya satu tangan, satu mata, dan satu kaki, di mana tapak kakinya seperti tapak kaki anak kuda. Muka mereka seperti separuhnya manusia dan selebihnya kosong. Saya bertanya kepada Tuhan, “Tuhan apakah ini?” Dia berkata, “inilah iblis kehancuran, rumah bagi semua yang sesat. Inilah iblis yang membinasakan tanpa rehat, hari demi hari.” Penyiksaan di sana sangat dahsyat sekali sehingga jiwa yang disiksa di tempat itu tidak henti-henti mengingati perbuatan mereka semasa di dunia. Seperti dalam Lukas 16 ayat 19-31 (19 "Ada seorang kaya yang selalu berpakaian jubah ungu dan kain halus, dan setiap hari ia bersukaria dalam kemewahan.
20 Dan ada seorang pengemis bernama Lazarus, badannya penuh dengan borok, berbaring dekat pintu rumah orang kaya itu, 21 dan ingin menghilangkan laparnya dengan apa yang jatuh dari meja orang kaya itu. Malahan anjing-anjing datang dan menjilat boroknya. 22 Kemudian matilah orang miskin itu, lalu dibawa oleh malaikat-malaikat ke pangkuan Abraham.
23 Orang kaya itu juga mati, lalu dikubur. Dan sementara ia menderita sengsara di alam maut ia memandang ke atas, dan dari jauh dilihatnya Abraham, dan Lazarus duduk di pangkuannya.
24 Lalu ia berseru, katanya: Bapa Abraham, kasihanilah aku. Suruhlah Lazarus, supaya ia mencelupkan ujung jarinya ke dalam air dan menyejukkan lidahku, sebab aku sangat kesakitan dalam nyala api ini. 25 Tetapi Abraham berkata: Anak, ingatlah, bahwa engkau telah menerima segala yang baik sewaktu hidupmu, sedangkan Lazarus segala yang buruk. Sekarang ia mendapat hiburan dan engkau sangat menderita. 26 Selain dari pada itu di antara kami dan engkau terbentang jurang yang tak terseberangi, supaya mereka yang mau pergi dari sini kepadamu ataupun mereka yang mau datang dari situ kepada kami tidak dapat menyeberang. 27 Kata orang itu: Kalau demikian, aku minta kepadamu, bapa, supaya engkau menyuruh dia ke rumah ayahku, 28 sebab masih ada lima orang saudaraku, supaya ia memperingati mereka dengan sungguh-sungguh, agar mereka jangan masuk kelak ke dalam tempat penderitaan ini. 29 Tetapi kata Abraham: Ada pada mereka kesaksian Musa dan para nabi; baiklah mereka mendengarkan kesaksian itu. 30 Jawab orang itu: Tidak, Bapa Abraham, tetapi jika ada seorang yang datang dari antara orang mati kepada mereka, mereka akan bertobat. 31 Kata Abraham kepadanya: Jika mereka tidak mendengarkan kesaksian Musa dan para nabi, mereka tidak juga akan mau diyakinkan, sekalipun oleh seorang yang bangkit dari antara orang mati.) Lelaki kaya itu mati dan di Hades dia membuka matanya sambil menanggung penyiksaan dan melihat Lazarus di pangkuan Abraham. Di sana dia ingat akan bapanya dan lima beradiknya. Dia dapat mengingati mereka waktu itu kerana di tempat itu jiwa anda masih hidup, dan jiwa anda dapat merasa kesakitan. Anda akan dapat mengingati semua perkara yang anda lakukan samada baik atau jahat. Anda boleh mengingat cara hidup anda di dalam atau di luar gereja. Anda masih ingat akan saudara, emak, adik-beradik, dan teman-teman anda dan ini adalah sebahagian daripada penyiksaan. Dalam Alkitab mengatakan lelaki ini masih ingat akan lima beradiknya dan dia merayu belas kasihan sambil berkata, “Bapa Abraham hantarlah seseorang untuk memberitahu dan meyakinkan mereka  supaya mereka tidak sampai ke tempat penyiksaan ini.” Abraham memberitahunya, “di sana ada Musa dan nabi-nabi Tuhan, biarkan mereka mendengarkannya.” Dengan keadaan yang sama hari ini anda mempunyai nabi-nabi Tuhan yang mengajar tentang injil Tuhan. Anda sudah mendengar firman Tuhan dan sekarang ini waktunya untuk bertobat. Tiada siapa yang sudah meninggal dapat menyelamatkanmu kerana Dia yang dapat menyelamatkan jiwa, iaitu Yesus Nasaret, sudah bangkit dari maut dan kini duduk di sebelah kanan Bapa dan Dia bersedia untuk menyelamatkan anda. Tiada siapa yang dapat menyelamatkanmu. Ianya tertulis di dalam buku Kisah Para Rasul 4:12 “Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan.” Hanya Yesus sahaja yang boleh menyelamatkan anda. Saya masih dapat merasakan derita dan ngeri di dalam jiwa saya apabila memikirkan kembali bahawa di tempat itu juga terdapat budak berumur 12 dan 14 tahun. Mereka sangat menyesali banyak perkara yang mereka lakukan di dunia. Ramai yang menyangka bahawa kanak-kanak tidak akan ke neraka kerana mereka masih muda. Namun saya beritahu anda sekiranya anak anda tidak mengikut jalan Tuhan dan mereka tahu yang mana baik dan jahat, maka mereka juga akan ke tempat penyiksaan kerana ia tertulis di dalam Wahyu 20:12 “Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu.” Setiap orang yang memahami yang mana baik dan jahat akan menghadap pengadilan Tuhan. Tiada yang tersembunyi di mata Tuhan.

            Kami terus berjalan hingga sampai ke satu tempat seperti padang bola sepak. Iblis-iblis di sana mentertawakan manusia. Ejekan mereka adalah terhadap imej Allah sendiri. Kesukaan mereka adalah penyiksaan terhadap imej Allah iaitu manusia. Mereka akan mengeluarkan bahagian tubuh manusia dan menyembunyikannya membuatkan pemunyanya akan mencarinya. Ini membuatkan mereka sangat bersukacita kerana ini akan menyakitkan dan menyiksa manusia dan inilah hal yang mereka paling gemar. Seperti tertulis dalam Yohanes 10:10 “Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.” Ianya tidak seperti ketika anda duduk di kerusi dan boleh meminta air lalu meminumnya. Di tempat itu orang akan meminta air dan pengampunan. Di tempat itu orang akan menyesal mereka lahir ke dunia. Mereka menyesal kerana mereka tidak menemui Yesus. Dan ramai yang pernah menemui Yesus namun mereka berpaling daripadaNya. Namun ianya sudah terlambat. Saya ingin memberitahu anda sekiranya anda tidak mengikuti jalan Tuhan, sekiranya anda berjalan mengikuti jalanmu sendiri, hari ini adalah masa anda untuk kembali! Jangan merasa malu apa yang teman-teman anda akan katakan. Jangan risau tentang apa ayah, teman wanita, atau beradikmu akan katakan. Fikirlah tentang firman Tuhan ini, “siapa yang malu terhadapNya di dunia, dia juga akan malu terhadapmu di surga. (Lukas 9:26  Sebab barangsiapa malu karena Aku dan karena perkataan-Ku, Anak Manusia juga akan malu karena orang itu, apabila Ia datang kelak dalam kemuliaan-Nya dan dalam kemuliaan Bapa dan malaikat-malaikat kudus.) Inilah masanya anda mengejar hadirat Tuhan. Inilah masanya anda mendapatkan keselamatan. Jangan pandang pada gereja, pandanglah pada Yesus Kristus. Jangan mencari gereja yang akan membuatkan engkau berasa selesa namun carilah gereja di mana Roh Kudus akan menggerakkanmu dan membuatmu sedar akan dosamu! Inilah waktu untuk bertobat. Inilah masanya untuk menangis di hadapan Tuhan dan memberitahu kepadaNya: “Tuhan saya sedar saya tidak selamat. Saya sedar saya tidak dapat mengecap keselamatan dengan kekuatan saya sendiri.” Sekiranya ini situasi yang anda alami sewaktu membaca kesaksian ini, pergilah kepada Yesus Kristus! Kehidupan anda dalam bahaya. Firman Tuhan memberitahu bahawa Dia akan datang seperti pencuri di tengah malam. (1Tesalonika 5:2 karena kamu sendiri tahu benar-benar, bahwa hari Tuhan datang seperti pencuri pada malam.) Adakakah anda sedia untuk diselamatkan atau anda masih memikirkan tentang hal ini?

            Kami terus memerhatikan penyiksaan yang iblis-iblis ini lakukan di sana. Mereka mengambil satu mata lalu menyembunyikannya. Kami melihat manusia bergerak dalam kesakitan untuk mencari matanya itu. Bagi iblis ianya satu kesukaan untuk melihat orang itu. Ada iblis yang mengambil satu kaki untuk melihat orang itu melompat dan berjalan tempang untuk mencari kakinya yang hilang. Ada juga yang mengambil tangan seseorang hanya untuk ketawa melihat kesakitan orang tersebut. Saya ingin beritahu anda bahawa sesiapa yang pernah mengenal Yesus dan pernah berjalan mengikut jalanNya tetapi meninggal dunia dalam dosa maka dia akan menerima hukuman yang berganda. Seperti dalam firman Tuhan mengatakan (Markus 12:40  yang menelan rumah janda-janda, sedang mereka mengelabui mata orang dengan doa yang panjang-panjang. Mereka ini pasti akan menerima hukuman yang lebih berat. Yakobus 4:17 Jadi jika seorang tahu bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa.) Sesiapa yang tahu akan kebaikan namun melakukan yang jahat akan menerima kebinasaan yang berganda. Sesiapa yang tidak pernah mengenal Yesus  juga akan disiksa namun ianya tidak seteruk dengan orang yang pernah mengenal Yesus tetapi kembali berdosa. Saya ingin beritahu anda bahawa ketika berada di tempat itu, saya merasa sangat ngeri di dalam jiwa saya walaupun saya tahu di sana orang tidak dapat memikirkan seperti itu. Saya merasa sangat panik seperti yang saya rasa sekarang ini. Saya merasa kengerian di dalam kehidupan saya. Saya merasa begitu ngeri melihat penyiksaan di sana. Saya sangat bersedih dan kasihan melihat jiwa-jiwa di sana yang menangis dan merayu belas kasihan. Saya berasa sangat lemah namun Tuhan memberi saya kekuatan lalu memberitahu saya: “Aku akan menunjukkan engkau apa yang menunggu semua manusia.” Kami melalui satu tempat lalu sampai ke satu sel yang sedang membakar. Terdapat jiwa yang menangis dan menderita lalu saya mulai melihat apa yang berlaku pada mereka. Mereka yang dibakar ini kelihatan seperti gas dan mereka ini adalah orang yang pernah berdiri di atas mimbar. Mereka pernah memimpin pujian dan berkhotbah firman Tuhan. Mereka ini pernah mengusir iblis dan berkata-kat dalam Roh namun mereka berada dalam penyiksaan oleh kerana mereka telah memutuskan untuk berpaling dari jalan Tuhan yang kudus. Kami melihat orang-orang disiksa dengan api. Walaupun mereka hanya tinggal tulang dengan rambut kelabu gelap namun mereka masih dapat merasa kesakitan. Mereka juga dapat bercakap dan mereka merayu belas kasihan ketika mereka merasa Tuhan ada di sisi mereka waktu itu. Mereka menjerit dengan kuat: “Yesus kasihani kami!” Namun masa pengampunan hanyalah ketika di dunia.

            Kami berjalan hingga tiba di suatu tempat dan Tuhan berkata: “lihat jalan yang lebar ini.” Saya memandang ke arah jalan itu dan melihat ramai orang percaya sedang memegang Alkitab mereka. Mereka mengangkat tangan mereka dan ada yang berdoa dan ada juga yang mengangkat suara mereka kepada Tuhan. Jalan Tuhan menuju ke kanan namun mereka sedang berjalan ke arah neraka. Saya bertanya kepada Tuhan mengapa mereka berjalan ke arah itu. Dia memberitahu: “mereka menduakan kehidupan – satu di rumah doa Tuhan dan satu di rumah mereka sendiri.” Dan saya berkata kepada Tuhan: “tapi Tuhan mereka ini memuji namaMu!” Lalu Dia berkata: “betul, walaupun mereka menangis, mengangkat suara, dan mengatakan sesuatu yang baik mengenaiKu, namun hati mereka penuh dengan zina, kejahatan, dusta, penipuan, benci, kepahitan, dan fikiran yang jahat.” Lalu saya mengerti seperti yang tertulis di dalam Matius 7:21 Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.

            Adakalanya kita berfikir bahawa hidup kita benar di hadapan Tuhan. Namun kebenarannya ada kemungkinan ada seorang jemaat yang kita tidak berapa suka, dan mungkin kita tidak ke gereja oleh kerana orang itu. Apabila pastor berkata semasa di gereja, “berapa ramai anda yang mengasihi Tuhan?” Mereka berkata “Amen!”, namun Alkitab mengatakan sesiapa yang tidak mengasihi saudaranya dan membenci mereka adalah seperti pembunuh, dan tidak ada pembunuh yang akan masuk ke dalam kerajaan Syurga. (Matius 5:22 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang marah terhadap saudaranya harus dihukum; siapa yang berkata kepada saudaranya: Kafir! harus dihadapkan ke Mahkamah Agama dan siapa yang berkata: Jahil! harus diserahkan ke dalam neraka yang menyala-nyala) Inilah sebab yang terbesar dalam gereja mengapa ramai yang tidak menyukai antara satu sama lain namun masih menunggu kedatangan Tuhan. Namun Alkitab mengatakan upah dosa adalah maut. (Roma 6:23 Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita) Ramai orang pada hari itu akan menyesal.

            Ada di antara mereka yang berkata: “tidak, hari ini saya tidak ingin ke gereja kerana saudara seiman itu akan berkhotbah dan saya tidak menyukainya.” Namun di neraka anda akan menangis terhadap orang itu untuk datang dan berkhotbah kepada anda mengenai Firman Tuhan. Di sana anda akan merayu peluang supaya anda dapat mendengar orang tersebut. Anda akan merayu supaya sekurang-kurangnya sekali lagi anda mendengarkannya. Di tempat itu anda akan menyesal kerana membenci saudara itu. Di tempat itu anda akan menyesal kerana anda tidak mengikut firman Tuhan yang mengatakan, “kamu harus mengasihi saudara anda seperti dirimu sendiri” (Leviticus 19:17-18 Janganlah engkau membenci saudaramu di dalam hatimu, tetapi engkau harus berterus terang menegor orang sesamamu dan janganlah engkau mendatangkan dosa kepada dirimu karena dia. Janganlah engkau menuntut balas, dan janganlah menaruh dendam terhadap orang-orang sebangsamu, melainkan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri; Akulah TUHAN.) Di tempat itu anda akan menyesal kerana telah sesat dalam gereja, dan di sana ada tangisan dan kertakan gigi seperti yang dikatakan dalam Firman Tuhan. (Matius 13:42 Semuanya akan dicampakkan ke dalam dapur api; di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.)

            Tahukah anda betapa sedihnya untuk hidup sebagai Kristian yang injili di dunia namun tidak pergi ke syurga selepas meninggal, dan jiwa anda tidak menerima keselamatan? Maka hari ini anda perlu berfikir sedalam-dalamnya samada anda melakukan kehendak Tuhan. Sekiranya Kristus datang hari ini adakah anda akan pergi bersamaNya? Saya ingin beritahu anda perkara ini; fikirlah sedalam-dalamnya hari ini juga! Adakah saya ingin masuk ke Syurga? Adakah cara hidup keKristianan saya menyenangkan hati Tuhan? Hari ini masih ada masa bagi anda mengenalpasti kesalahan anda dan berbalik kepada Tuhan. Sekiranya anda sedang membaca kesaksian ini pada waktu ini, hari ini adalah hari anda berpaling kepada Tuhan! Hari inilah harinya bagi anda menerima Yesus sebagai juruselamat dan lepas dari genggaman neraka.

            Ada orang yang berfikir: “tidak kisahlah ke manapun saya pergi, tidak kisahlah ke mana saya pergi selepas ini. Saya akan menikmati hidup.” Namun saya beritahu anda sekarang untuk menikmati hidup adalah berjalan bersama Yesus Kristus. Menikmati hidup ini adalah meluangkan waktu di rumah Tuhan. Anda tidak harus menikmati hidup di bar dengan arak dan wanita. Anda menikmatinya di rumah Tuhan. Tidak seperti mereka yang pergi ke rumah Tuhan hanya untuk masa-masa yang manis, kita harus mencari Tuhan di dalam roh dan kebenaran, merayu belas kasihan daripadaNya untuk orang-orang yang masih berada di jalan maut dan dosa.

            Kami terus berjalan dan masuk ke tempat itu dan sungguh memeranjatkan melihat orang yang menyangka mereka hidup di dalam kekudusan merayu simpati dan peluang yang kedua. Mereka berkata: “Tuhan ampuni saya!” Saya juga merayu kepada Tuhan bersama dengan mereka ini. Saya merayu Tuhan mengampuni saya! Waktu itu jiwa saya derita, dan saya merasa kesakitan yang begitu dalam terhadap jiwa-jiwa di sana juga. Saya merasa ada banyak sebab untuk meneruskan kehidupan di dunia. Saya merasa manusia memerlukan peluang daripada Yesus. Saya sangat derita melihat jiwa-jiwa di sana datang untuk merayu simpati dan pengampunan.

            Kami sampai ke satu tempat di mana seorang wanita kelihatan seperti sedang membaca Firman Tuhan dan berkhotbah mengenai Yohanes 3:16. Dia berkata: “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.” Saya bertanya kepada Tuhan, “ mengapa wanita ini berada di sini sekiranya dia boleh mengingati khotbahnya dan memberi mesej injil? Mengapa dia ada di sini?” Dia menjawab, “kerana dia tidak mengampuni suaminya, malah dia tidak berdaya untuk mengampuni suaminya.” (Matius 6:14-15 Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu.) Saya bertanya: “Tuhan adakah begitu mudah untuk terlepas dari keselamatan?” Wanita itu telah mengembala sebuah gereja injili selama 35 tahun. Pada ketika itu, kehidupannya memancar kembali di matanya dan melihat dia tidak pernah dapat mengampuni suaminya. Namun sekarang dia merayu peluang sekali lagi supaya dia dapat mengampuni suaminya. Tetapi saya ingin memberitahu anda sekiranya anda mempunyai masalah dengan suami atau isteri anda, pengampunan adalah hari ini! Hari inilah anda memanggilnya dan berkata: “ampuni saya atau saya mengampuni apa yang sudah engkau lakukan kepada saya” Buatlah satu persetujuan! (Matius 5:25 Segeralah berdamai dengan lawanmu selama engkau bersama-sama dengan dia di tengah jalan, supaya lawanmu itu jangan menyerahkan engkau kepada hakim dan hakim itu menyerahkan engkau kepada pembantunya dan engkau dilemparkan ke dalam penjara.) Sekiranya Yesus memanggilmu ke hadiratNya hari ini, ke mana anda akan pergi? Firman Tuhan mengatakan: Matius 5:7 Berbahagialah orang yang murah hatinya, karena mereka akan beroleh kemurahan. Sekiranya anda menangis di dalam hadirat Tuhan, menangis di dalam hadirat Roh Kudus, anda masih berada di dalam rahmat dan pengampunan Tuhan. Namun sekiranya anda tidak lagi menangis di dalam hadirat Tuhan, sekiranya anda tidak berdoa lagi, sekiranya anda sudah lama meninggalkan hidup dalam doa, saya ingin beritahu anda berada di dalam keadaan yang amat bahaya. Kita tahu pengampunan adalah hal yang penting namun wanita itu tidak pernah mengampuni. Selepas 35 tahun mengembala suatu gereja dan hanya dalam sesaat dia hilang segalanya. Fikirlah sedalam-dalamnya hari ini! Bertindaklah hari ini! Bagaimanakah hidup anda sekarang ini? Ke manakah anda ingin hidup secara kekal? Saya mempunyai seorang adik yang pernah berkata: “sekiranya saya mati, saya akan ke neraka dan membiarkan iblis mencucuk saya dengan arang, dan saya akan membantu mereka membakar arang-arang itu di dalam api.” Namun saya beritahu anda penghakiman Tuhan sudah sampai kepadanya. Semasa saya menulis kesaksian ini dia sedang terlantar disebabkan penyakit AIDS di dalam badannya dan dia merayu kepada Tuhan memberikannya peluang. Dia mengalihkan hatinya kepada Tuhan kerana dia tidak lagi berfikir seperti sebelumnya. Sekarang dia tidak mahu ke tempat penyiksaan itu. Sekarang tidak mungkin dia akan membuka mulutnya untuk bercakap bahawa dia akan membiarkan iblis mencucuknya dengan arang. Ianya tidak sama untuk berkata anda akan ke sana dan disiksa berbanding dengan apabila anda betul-betul berada di tempat itu. Oleh kerana rahmat Tuhan, adik saya menerima Yesus sebagai juruselamatnya. Namun saya ingin beritahu anda satu perkara dan sila dengar dengan baik. Adik saya mendapat peluang itu kerana penyakitnya yang berterusan di dalam hidupnya. Namun tahukah anda bagaimana dan bila anda akan meninggal? Adakah anda akan mendapat peluang lagi kelak selain peluang pada ketika ini untuk merayu pengampunan daripada Tuhan atau anda akan meninggal serta-merta tanpa kesempatan untuk mendapat pengampunan daripada Tuhan? Fikirlah sedalam-dalamnya pada waktu ini juga! Berapa lama hidup anda akan berakhir?

            Kami berjalan lalu sampai ke satu puncak di mana terdapat kumpulan orang-orang yang menggelarkan diri mereka sebagai “Kristian Injili”. Di dalam perkampungan mereka, terdapat seorang lelaki bekas pemabuk namun telah bertobat dan menerima Yesus Kristus. Satu hari isteri lelaki ini sakit tenat lalu dia pergi dari satu rumah ke rumah lain hinggalah dia sampai ke rumah seorang dari orang “Kristian“ itu dan berkata, “isteri saya sangat sakit. Saya ingin meminjam sedikit wang untuk membawanya ke hospital.” Lalu lelaki itu menjawabnya, “adakah itu yang engkau mahu! Tidak! Kami tidak ada wang di sini!” Lalu dia pergi ke rumah yang lain dan berkata, “saya tidak punya wang! Saya perlukan wang!” Begitulah seterusnya dia pergi ke rumah orang-orang “Kristian” itu untuk meminjam wang bagi menghantar isterinya ke hospital. Namun tiada siapa yang memberikannya lalu isterinya pun meninggal. Mereka mengatakan diri mereka “Kristian” tetapi berkata: “adakah kamu nampak saudara? Pengajaran yang kita dapati dari si pemabuk itu? Dia mahukan wang itu untuk pergi ke bar dan minum arak, namun saya tidak tertipu olehnya! Saya tahu dia inginkan arak tapi saya tidak beri dia sesen pun!” Lalu orang “Kristian” yang lain itu juga memberitahu bagaimana lelaki itu datang kepadanya dan begitu juga semua mereka yang lain. Namun yang paling menyedihkan ialah apabila seorang daripada mereka mulai dibakar dengan api dan berteriak dengan begitu ngeri sekali lalu dia mulai menyesal terhadap semua perkara yang jahat yang dia lakukan di dunia, dia berkata: “Tuhan mengapa hati saya tidak melihat perkara jahat telah saya lakukan?” Tetapi Alkitab begitu jelas mengatakan bahawa anak Tuhan adalah orang yang dipimpin oleh Roh Tuhan (Roma 8:14 Semua orang, yang dipimpin Roh Allah, adalah anak Allah.) Semasa kejadian ini berlaku, semua yang lain juga mulai dibakar dalam api dan mereka menangis dan menyesal. Mereka ingat akan ketika lelaki itu datang ke rumah mereka untuk meminta pertolongan.

            Saya tidak tahu satu hari anda akan ke neraka dan ingat kembali bahawa anda pernah membaca kesaksian ini atau satu hari anda akan mempertanggungjawabkan hidup anda kepada Tuhan. Mungkin anda diberitahu untuk tidak melakukan yang jahat, dan anda pernah mendengar injil Yesus, namun anda tidak mahu bertobat. Hari itu akan menjadi hari yang paling menyedihkan bagi hidup anda!

            Tubuh orang-orang di sana dibakar dan juga diikat dengan tali. Badan mereka berwarna kelabu gelap. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyesal, mengeluh, dan berteriak dalam kesakitan dan ngeri disebabkan mereka tidak dapat menahan derita. Daging mereka hampir lebur dan berjatuhan. Kulit mereka berjatuhan hingga mereka kelihatan seperti tulang yang berwarna kelabu gelap. Saya ingin beritahu anda bahawa kesakitan dan penyiksaan ini adalah kekal. Penyiksaan ini tiada akhirnya. Semua orang di sini ingat betapa jahatnya hati mereka. Dengarlah ini! Ini bukan tayangan gambar! Ini bukan cerita yang direka-reka semata-mata. Ini benar-benar berlaku! Dan ini berlaku di dalam hidup saya!

            Dengarkanlah saya baik-baik. Saya seorang Kristian Injili. Hidup saya mengarah kepada Tuhan. Saya berdoa untuk orang sakit dan Tuhan menyembuhkan mereka. Saya berdoa bagi yang tempang dan Tuhan menyembuhkan mereka. Saya mengusir iblis-iblis dan berkata-kata dalam bahasa Roh namun suatu roh kemegahan menyelinap masuk ke dalam hidup saya sehingga secara rohani saya melihat pastor lebih rendah daripada saya. Ada beberapa ketika orang-orang akan pergi ke gereja dan meminta pastor untuk berdoa bagi penyembuhan mereka. Sekiranya tidak ada apa yang berlaku, hari berikutnya mereka akan ke tempat saya untuk saya berdoa bagi mereka. Lalu saya berdoa bagi mereka dan Tuhan akan menjawab doa saya. Namun saya mulai berfikir bahawa oleh kerana sayalah Tuhan bekerja. Dalam kemegahan, saya fikir saya begitu istimewa. Dalam pemahaman saya, saya seorang yang sangat diberkati dan istimewa sekali. Saya tidak sedar bahawa semua itu adalah rahmat Tuhan di dalam kehidupan saya sehinggalah saya sampai di neraka dan Tuhan memberitahu saya, “Aku bukan Tuhan orang yang memegahkan diri.” Lalu saya faham ramai di antara kita yang berada di atas mimbar dengan penuh bangga dan kemegahan. Ramai orang yang diberkati untuk menyanyikan pujian dengan suara yang merdu mulai berasa bangga. Siapakah yang menyampaikan firman Tuhan dan dipakai Tuhan mulai berfikir yang mereka itu sangat penting? Siapakah yang diberikan karunia untuk pemnyembuhan dan pelepasan berasa bangga dan mulai berfikir bahawa dia itu sangat penting? Saya ingin beritahu anda Tuhan sedang melihat setiap langkah yang anda lakukan. Tuhan mendengar dan mengenal hatimu. Saya ingin beritahu orang yang membaca kesaksian ini sekiranya anda memegahkan diri, bangga, dan sombong, sekiranya anda memandang rendah saudara seimanmu, bertobatlah pada waktu ini juga! Ianya lebih baik dihina oleh manusia berbanding menjadi hina di hadapan Tuhan. Saya begitu mengharapkan satu waktu nanti anda yang sudah membaca kesaksian ini dapat melihat tempat ini. Saya harap suatu ketika anda dapat mendengar rintihan, keluhan, dan tangisan yang begitu mengerikan hingga memenuhi jiwa dengan kengerian. Tangisan di sana berupaya menusuk hati seseorang yang terdalam sekalipun. Jiwa-jiwa di sana berteriak, “Tuhan, kasihani saya! Tuhan, keluarkan saya dari tempat ini! Tuhan, hulurkan tanganMu dan bawalah saya keluar dari tempat penyiksaan ini!” Pada waktu itulah seseorang itu akan ingat kembali semua yang dilakukan di dunia. Saya begitu mengharapkan anda sedar betapa sedihnya untuk berada di tempat itu selama-lamanya! Adakah anda sedar bagaimana siksanya hidup anda waktu itu dan betapa sedihnya anda sampai ke tempat itu?

            Kami terus berjalan lalu sampai ke satu tempat bilik. Satu makhluk datang dan menjerit lalu semua iblis-iblis menghadapnya. Dua wanita yang cantik juga menghadapnya. Mereka diberi tugas di dunia untuk merosakkan pelayanan dan menjatuhkan pastor. Adakalanya anda mungkin melihat seorang wanita yang menawan cuba untuk mendekati pelayan Tuhan supaya dia jatuh ke dalam dosa. Itulah matlamatnya. Setan memberi tugas kepada iblis-iblisnya. Kamu yang melayan di atas mimbar, mengambil bahagian dalam penyembahan, yang memimpin pujian, menyanyi bagi Tuhan, bermain gitar, bermain drum atau piano, dengarkan kata saya. Setan ingin menghancurkan hidup anda. Sekiranya dia perlu melibatkan ayah, emak, keluarga, pastor, atau saudara seiman anda maka dia akan melakukannya. Sesiapa yang tidak mempunyai hati yang bertobat atau tidak intim dengan Tuhan boleh menjadi alat bagi setan pada bila-bila masa. Wanita-wanita ini akan pergi ke seluruh tempat di dunia namun mereka tidak pergi ke bar atau kantin. Mereka akan pergi terus ke gereja. Selain itu terdapat iblis-iblis yang berpelakuan dan berpakaian seperti lelaki yang akan terus pergi ke gereja untuk mengelirukan wanita-wanita muda maupun wanita yang sudah berkahwin. Dengan berbuat demikian mereka akan menghancurkan banyak kehidupan kerana mereka dihantar oleh setan dengan roh kejahatan untuk menghancurkan pekerjaan Tuhan.

            Di tempat itu juga terdapat orang yang menghina Roh Tuhan. Lelaki itu sedang berdiri dan merayu pengampunan dan belas kasihan Tuhan. Saya ingin beritahu anda bahawa setiap ketika cacing-cacing api keluar dari mulut, mata dan telinganya. Dia cuba untuk mengeluarkannya dengan tangannya namun semakin dia berbuat demikian semakin banyak cacing yang keluar. Semakin banyak cacing-cacing api yang bergerak di sekeliling tubuhnya. Seperti tertulis dalam Markus 9:43, “Dan jika tanganmu menyesatkan engkau, penggallah, karena lebih baik engkau masuk ke dalam hidup dengan tangan kudung dari pada dengan utuh kedua tanganmu dibuang ke dalam neraka, ke dalam api yang tak terpadamkan.” Lelaki ini berteriak dalam kesakitan namun dia tidak dapat lari dari tempat itu atau memusnahkan cacing yang menyerangnya. Dia tidak dapat mengalihkan cacing-cacing dari tubuhnya kerana semakin dia mencuba semakin banyak cacing yang keluar. Dia mengharungi penyiksaan dan derita yang sama sepanjang masa. Ada satu ketika cacing-cacing ini mulai memakan tulang-tulangnya. Anda dapat melihat dia tidak berdaya menahan derita yang ditanggungnya. Disebabkan pekikannya yang begitu kuat saya merasa sungguh ngeri melihat penyiksaan di tempat itu. Pada waktu itu dia ingat akan keluarganya. Di sana anda dapat ingat berapa banyak keluarga anda, siapa yang mengikut Tuhan dan siapa yang tidak. Saya ingin beritahu anda hari ini bahawa anda harus mendapatkan janji Tuhan seperti dalam Kisah Para Rasul 16:31 yang mengatakan, “Jawab mereka: "Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu. “ Sekiranya kamu sayang akan keluargamu maka beritahulah mereka mengenai Firman Tuhan supaya mereka tidak perlu ke neraka. Adakah anda tahu betapa ngerinya apabila Alkitab mengatakan di dalam Matius 10:28 “Dan janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka.”

            Adakalanya kita menghindar dari pastor, adakalanya kita menghindar dari diaken, dan adakalanya kita menghindar dari penatua gereja namun tidak ada siapa yang dapat mengelak dari hadirat Tuhan. Ingatlah bahawa di mana saja anda berada samada di tempat tinggi atau tempat yang dalam, anda sentiasa berada di dalam hadirat Tuhan. (Mazmur 139: 7-10 Ke mana aku dapat pergi menjauhi roh-Mu, ke mana aku dapat lari dari hadapan-Mu?Jika aku mendaki ke langit, Engkau di sana; jika aku menaruh tempat tidurku di dunia orang mati, di situ pun Engkau. Jika aku terbang dengan sayap fajar, dan membuat kediaman di ujung laut, juga di sana tangan-Mu akan menuntun aku, dan tangan kanan-Mu memegang aku.)

            Anda perlu tahu ada sebabnya mengapa ramai orang Kristian yang berada di neraka. Ia mungkin kelihatan tidak masuk akal namun antara sebabnya ialah kerana dusta. Ada yang datang ke gereja pada hari tertentu dan mereka ditanya mengapa mereka tidak ke gereja sebelumnya lalu mereka berkata: “ala, banyak perkara yang saya perlu buat! Jadi saya tidak dapat datang.” Namun itu tidak benar. Mereka memang tidak ingin pergi ke gereja tetapi mereka menipu. Tahukah anda bahawa inilah yag dilakukan oleh Anania dan Safira dalam buku Para Rasul 5:3-10, “Tetapi Petrus berkata: "Ananias, mengapa hatimu dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus dan menahan sebagian dari hasil penjualan tanah itu? Selama tanah itu tidak dijual, bukankah itu tetap kepunyaanmu, dan setelah dijual, bukankah hasilnya itu tetap dalam kuasamu? Mengapa engkau merencanakan perbuatan itu dalam hatimu? Engkau bukan mendustai manusia, tetapi mendustai Allah." Ketika mendengar perkataan itu rebahlah Ananias dan putuslah nyawanya. Maka sangatlah ketakutan semua orang yang mendengar hal itu. Lalu datanglah beberapa orang muda; mereka mengapani mayat itu, mengusungnya ke luar dan pergi menguburnya. Kira-kira tiga jam kemudian masuklah isteri Ananias, tetapi ia tidak tahu apa yang telah terjadi. Kata Petrus kepadanya: "Katakanlah kepadaku, dengan harga sekiankah tanah itu kamu jual?" Jawab perempuan itu: "Betul sekian." Kata Petrus: "Mengapa kamu berdua bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan? Lihatlah, orang-orang yang baru mengubur suamimu berdiri di depan pintu dan mereka akan mengusung engkau juga ke luar." Lalu rebahlah perempuan itu seketika itu juga di depan kaki Petrus dan putuslah nyawanya. Ketika orang-orang muda itu masuk, mereka mendapati dia sudah mati, lalu mereka mengusungnya ke luar dan menguburnya di samping suaminya.” Pada masa yang sama wanita itu mati oleh kerana dustanya. Ramai Kristian Injili yang berada di tempat itu kerana mereka ingat mereka hanya menipu pastor namun sekiranya anda menipu, anda bukan menipu manusia, melainkan anda menipu Tuhan. Semua dusta dilihat Tuhan. Firman Tuhan mengatakan bahawa tidak ada pemabuk, penzina, pencabul, dan pendusta yang akan masuk ke Kerajaan Allah.

            Tujuan kesaksian ini adalah saya ingin memberitahu anda bahawa saya hidup sebagai seorang Kristian Injili yang sangat dipakai Tuhan, namun ada kemegahan di dalam hati saya. Dan saya ingin memanggilmu untuk bertobat. Pertobatan adalah satu kesedaran terhadap kesalahan kita. Sekiranya anda seorang Kristian Injili namun tidak bersih di hadapan Tuhan , hari inilah bagi anda untuk memperbaharui hati dan minda anda. Sekiranya anda sedang membaca kesaksian ini namun anda masih belum menerima Yesus di dalam hati anda, dan anda ingin menerimaNya sebagai juruselamat anda, saya mengajak anda untuk berdoa seperti ini: “Tuhan Yesus, waktu ini saya yang berada di dalam hadiratMu ingin meminta pengampunan terhadap dosa dan kesalahan saya. Hati saya meminta maaf terhadap kejahatan yang telah saya lakukan di dalam hidup saya. Tuhan masuklah ke dalam hati saya. Mulai hari ini saya menerimaMu sebagai satu-satunya Juruselamat hidup saya.”

            Sekiranya anda suam-suam kuku dan kehidupanmu di gereja bercanggah dengan kehidupanmu di rumah, tundukkanlah kepalamu di hadapan Tuhan dan berdoalah demikian: “Tuhan Yesus, ampuni saya. Hari ini saya datang kepadamu untuk merayu pengampunanMu dan untuk berdamai denganMu. Tuliskanlah namaku di dalam Buku Kehidupan dan penuhilah saya dengan Roh KudusMu. AMEN.”

DISELAMATKAN DARIPADA NERAKA 4.5 5 Unknown Sunday, February 3, 2013 DISELAMATKAN DARIPADA NERAKA Oleh pastor dan penginjil Carmelo Brenes (Diterjemah oleh Alfred C.) Gereja Injil Penuh Tuhan (The C...


No comments:

Post a Comment

J-Theme