Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Mati kepada dosa, hidup bagi allah

 on Wednesday, January 23, 2013  


Kita adalah yang terpilih. Kita telah dipanggil dalam Kristus dan diperintahkan menjalani cara hidup yang baru, begitu radikal kerana ia adalah perubahan 1800. Yang lama telah berlalu, kita harus mengenakan manusia yang baru (Baca Efesus
4:17-32). SESUNGGUHNYA, yang baru sudah datang (2 Korintus 5:17), perkataan “sesungguhnya” bererti, perubahan di dalam kita boleh dilihat oleh orang lain. Ke manapun  kita  pergi,  kita  menonjol  sebagai  lain  daripada  yang  lain.  Pemikiran, pilihan, emosi, kata-kata dan ekspresi kelakuan kita, tidak serupa dengan dunia ini;
tetapi  ditransformasi  untuk  melakukan  kehendak  Pencipta  dan  Tuan  kita,  Allah Maha Kuasa (Roma 12:2). Kita hidup sebagai karya Allah yang indah, dipamerkan kepada dunia yang telah jatuh, korupsi, dan semakin rusak (1 Petrus 2:9).


Apabila kita lahir baru dalam Kristus, satu peralihan yang besar terjadi di dalam roh dan  jiwa  kita.  Cara  pandang  kita  terhadap  dunia  berubah.  Cita-cita,  fikiran, kerinduan dan motivasi kita berubah. Peralihan ini di dalam kita menyebabkan  kita dipulihkan, dicipta, digaya, dan dijenamakan semula dari dalam kita. Posisi kuasa kita  yang  asal  dipulihkan  (Kejadian 1:28). Secara  rohaninya,  kita    ditempatkan bersama-sama dengan Kristus di sorga (Baca Efesus 2:4-6). Teladan bagi kita bukan lagi Adam yang pertama (manusia yang jatuh) tetapi Adam yang kedua (Baca 1
Korintus 15:42-49), iaitu Yesus Kristus anak Allah.







Mati kepada dosa, hidup bagi allah 4.5 5 Unknown Wednesday, January 23, 2013 Kita adalah yang terpilih. Kita telah dipanggil dalam Kristus dan diperintahkan menjalani cara hidup yang baru, begitu radikal kerana ia ad...


No comments:

Post a Comment

J-Theme