Oleh pastor
dan penginjil Carmelo Brenes
(Diterjemah
oleh Alfred C.)
Gereja
Injil Penuh Tuhan (The Church of God of the Full Gospel) dengan hormatnya
mempersembahkan kesaksian: “Diselamatkan daripada Neraka,” bersama dengan pastor
dan penginjil Carmelo Brenes.
Pada tahun 1982, saya mengalami satu
kemalangan yang membawa maut. Pada waktu itu kehidupan saya sudah tamat. Pada waktu
yang sama ketika kewujudan saya di dunia sudah berakhir, saya menyedari
semuanya gelap-gelita dan saya mulai berjalan di suatu torowong yang gelap.
Suatu makhluk membawa saya lalu saya mulai mendengar jeritan dan tangisan. Saya
faham bahawa kehidupan saya di bumi sudah berakhir. Namun hal yang paling
mengerikan adalah ketika kami melalui terowong itu, saya merasa semakin takut.
Saya sedar hal ini. Walaupun saya sudah meninggal dunia, namun saya hidup di
suatu tempat yang lain.
Kami berjalan seketika di dalam
terowong itu. Tiba-tiba saya mendengar teriakan dan tangisan yang belum pernah saya
dengar sebelum ini. Semasa kami meneruskan perjalanan di dalam terowong yang
sejuk dan gelap itu, saya ternampak ular yang sangat besar bergerak dari satu
tempat ke tempat lain. Saya juga mendengar banyak jeritan dan tangisan. Ada suatu yang ganjil
mengenai tempat itu. Hampir semua orang di sana ada suatu persamaan iaitu mereka sangat inginkan
air minum. Kami teruskan berjalan lalu sampai ke satu tempat terbuka seperti dataran
yang tinggi dan di sana
terdapat banyak bilik dan bahagian untuk orang-orang.
Saya mulai menangis ketakutan dan
merayu kepada belas kasihan Tuhan. Saya berkata, “Tuhan, ingatlah hidup saya! Ampuni saya!” Pada ketika itu,
perasaan yang ngeri menguasai diri saya. Saya rasa seperti seluruh kehidupan
saya terpancar sekali lagi di hadapan mata saya. Saya berjalan bersama makhluk
yang membawa saya. Semasa kami menghampiri suatu pintu, saya menjerit, “ampuni saya Tuhan, ampuni saya! Saya merayu
padaMu Tuhan, tolong saya!!”
Tiba-tiba
ada suatu kesunyian, dan saya mendengar satu suara berkata, “berhenti!”
Disebabkan oleh suara itu seluruh neraka bergoncang. Makhluk yang membawa saya
melepaskan genggamannya namun saya tidak jatuh ke tanah. Sebaliknya saya
terimbang di satu tempat lalu saya mendengar suara yang sama berkata, “Aku bukan Tuhan orang
penzina, Aku bukan Tuhan orang cabul, Aku bukan Tuhan orang pendusta. Mengapa
engkau memanggilKu Tuhan sedangkan Aku bukan Tuhan orang yang memegahkan diri?” Saya merasa sejenak bahawa seluruh tubuh saya akan dibinasa namun
setelah beberapa ketika suara itu berkata dengan lembut, “mari saya tunjukkan kamu perkara yang berlaku
di tempat ini yang menunggu semua orang yang tidak mengikuti jalanKu dan hidup
mengikuti perasaan hati mereka.” Saya mulai berjalan di tempat itu
sambil mendengar jeritan-jeritan yang menghancurkan jiwa saya. Kemudian kami
berhenti di suatu sel di mana seorang perempuan sedang duduk di atas satu
kerusi yang bergoncang. Pada mulanya ianya kelihatan seperti tidak ada apa-apa
yang berlaku padanya. Namun tiba-tiba dia menjadi seorang ahli sihir. Dia
berteriak sambil mengerang dan mengeluh meminta tolong kerana seluruh tubuhnya
dibakar dengan api. Dia mulai menjerit dengan dahsyat sekali dan merayu supaya
seseorang menolongnya. Tuhan berkata kepada saya, “upah dosa adalah maut, dan sesiapa yang masuk ke
tempat ini tidak akan pernah dapat keluar lagi.” Dia juga menunjukkan
kepada saya kawah yang mengandungi seperti minyak yang mendidih di mana ada
orang yang berada di dalamnya menderita kerana dibakar dalam api. Apabila
mereka cuba
untuk keluar, iblis akan datang dan menolak mereka kembali ke dalam kawah
tersebut.
Tuhan menunjukkan kepada saya oleh
kerana ketidaktaatan, ramai orang dari gereja Kristian dan gereja Injili yang
datang ke tempat itu merayu belas kasihan terhadap kehidupan mereka. Namun ianya
sudah tidak ada lagi kerana pengampunan cuma ada sewaktu mereka hidup di dunia.
Sejurus selepas seseorang meninggal dunia, pengampunan sudah tidak ada lagi
kerana Tuhan memberitahu kita dalam FirmanNya, “dan sama seperti manusia ditetapkan untuk
mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi” (Ibrani 9:27 ). Kami terus berjalan
lalu sampai ke suatu tempat khas bagi mereka yang pernah mendengar firman Tuhan
namun mereka masih tidak bertobat. Saya lihat seorang wanita besama dua orang
anaknya yang marah kepada emak mereka sambil berkata: “mengapa?
Mengapa kamu tidak membawa kami ke sekolah minggu? Mengapa kamu tidak
membenarkan kami pergi ke gereja?” Mereka
memakinya sebab mereka pernah ingin ke gereja untuk mendengarkan firman Tuhan
namun emak mereka tidak pernah membenarkan mereka ke gereja mendengarkan injil.
Dia juga membawa saya ke satu tempat di mana terdapatnya pastor, penginjil,
mubaligh dan orang yang percaya kerana pelbagai sebab.
Lalu
perhatian saya tertuju kepada seorang pastor. Lelaki ini tidak percaya mengenai
kuasa Roh Kudus, berkata-kata dalam bahasa roh, dan urapan Roh Kudus. Dia juga
tidak percaya mengenai mukjizat kesembuhan daripada Tuhan. Namun waktu itu dia
merayu pengampunan dan peluang untuk kembali ke dunia untuk memberitahu bahawa
berkata-kata dalam bahasa Roh itu benar, Roh Kudus itu nyata, dan ada pelepasan
daripada injil Tuhan. Namun ianya sudah terlambat baginya. Dia tidak dapat
keluar dari tempat itu kerana masanya untuk bertobat dari kefasikannya hanya
ketika dia di bumi. Walaupun dia seorang anggota gereja injili Kristian dan
seorang pastor, namun dia tidak sempat menerima pengampunan. Terdapat juga
mubaligh Kristian di tempat itu kerana dia meminta wang untuk misi penginjilan
di Afrika namun dia hanya menggunakan separuh dari jumlah wang yang diberikan.
Separuh lagi wang itu dia gunakan untuk dirinya sendiri dan sekarang dia merayu
pengampunan untuk peluang yang kedua untuk mengembalikan wang tersebut. Dia
ingat bagaimana dia menipu untuk mendapatkan wang tersebut namun sekarang dia
merayu belas kasihan dan pengampunan. Tetapi apabila dia sedar pengampunan
sudah tidak ada lagi lalu dia mulai mengutuk Yesus Kristus.
Saya ingin memberitahu anda sekarang
ianya tidak sama apabila anda hidup di dunia dan apabila anda hidup tempat
penyiksaan itu. Di neraka anda akan mendengar jeritan dan keluhan penderitaan
di mulut orang-orang yang pernah memuji Yesus di dalam gereja. Di tempat itu
mereka berteriak merayu belas kasihan terhadap dosa mereka namun hanya di
dunialah mereka mempunyai peluang tersebut. Sekarang mereka hanya menunggu
untuk penghakiman kekal dan terakhir. Terdapat juga pastor yang mencuri
perpuluhan dan persembahan daripada gereja mereka. Sekarang mereka ingin
peluang sekali lagi namun ianya sia-sia kerana peluang tersebut hanya boleh
diperolehi di dunia. Mereka menghabiskan siang dan malam menangis derita tidak
henti-henti untuk melepaskan perbuatan jahat mereka. Peluang untuk bertobat
hanyalah ketika anda di bumi kerana selepas meninggal tidak akan ada peluang
lagi. Orang yang mati tanpa Yesus Kristus akan pergi ke neraka namun orang yang
mati dalam Yesus Kristus akan mendapat hidup yang kekal. Ramai orang percaya
bahawa kematian adalah titik akhir kewujudan sementara tubuh mereka masuk balik
ke tanah. Selepas meninggal dunia kehidupan sebenar bermula dan perwatakan
seorang yang percaya atau orang berdosa akan muncul lalu hidup samada dalam
kemuliaan Tuhan atau dalam kebinasaan dan hina yang kekal. Pilihannya adalah di
tangan anda sekarang. Pada waktu ini juga anda fikirkan dan pertimbangkan di
mana anda ingin hidup kekal. Kekekalan di neraka atau kemuliaan Tuhan?
Putuskanlah pada ketika ini juga.
Kami meneruskan perjalanan lalu
sampai ke tempat yang mengerikan di mana terdapat iblis segala jenis dan
bentuk. Ada
beberapa yang mempunyai hanya satu tangan, satu mata, dan satu kaki, di mana
tapak kakinya seperti tapak kaki anak kuda. Muka mereka seperti separuhnya
manusia dan selebihnya kosong. Saya bertanya kepada Tuhan, “Tuhan apakah ini?” Dia berkata, “inilah iblis kehancuran, rumah bagi semua yang
sesat. Inilah iblis yang membinasakan tanpa rehat, hari demi hari.”
Penyiksaan di sana
sangat dahsyat sekali sehingga jiwa yang disiksa di tempat itu tidak
henti-henti mengingati perbuatan mereka semasa di dunia. Seperti dalam Lukas 16
ayat 19-31 (19 "Ada seorang kaya yang
selalu berpakaian jubah ungu dan kain halus, dan setiap hari ia bersukaria
dalam kemewahan.
20 Dan ada seorang pengemis
bernama Lazarus, badannya penuh dengan borok, berbaring dekat pintu rumah orang
kaya itu, 21 dan ingin menghilangkan laparnya dengan apa yang jatuh dari meja
orang kaya itu. Malahan anjing-anjing datang dan menjilat boroknya. 22 Kemudian
matilah orang miskin itu, lalu dibawa oleh malaikat-malaikat ke pangkuan
Abraham.
23 Orang kaya itu juga mati,
lalu dikubur. Dan sementara ia menderita sengsara di alam maut ia memandang ke
atas, dan dari jauh dilihatnya Abraham, dan Lazarus duduk di pangkuannya.
24 Lalu ia berseru,
katanya: Bapa Abraham, kasihanilah aku. Suruhlah Lazarus, supaya ia mencelupkan
ujung jarinya ke dalam air dan menyejukkan lidahku, sebab aku sangat kesakitan
dalam nyala api ini. 25 Tetapi Abraham berkata: Anak, ingatlah, bahwa engkau
telah menerima segala yang baik sewaktu hidupmu, sedangkan Lazarus segala yang
buruk. Sekarang ia mendapat hiburan dan engkau sangat menderita. 26 Selain dari
pada itu di antara kami dan engkau terbentang jurang yang tak terseberangi,
supaya mereka yang mau pergi dari sini kepadamu ataupun mereka yang mau datang
dari situ kepada kami tidak dapat menyeberang. 27 Kata orang itu: Kalau
demikian, aku minta kepadamu, bapa, supaya engkau menyuruh dia ke rumah ayahku,
28 sebab masih ada lima orang saudaraku, supaya ia memperingati mereka dengan
sungguh-sungguh, agar mereka jangan masuk kelak ke dalam tempat penderitaan
ini. 29 Tetapi kata Abraham: Ada
pada mereka kesaksian Musa dan para nabi; baiklah mereka mendengarkan kesaksian
itu. 30 Jawab orang itu: Tidak, Bapa Abraham, tetapi jika ada seorang yang
datang dari antara orang mati kepada mereka, mereka akan bertobat. 31 Kata
Abraham kepadanya: Jika mereka tidak mendengarkan kesaksian Musa dan para nabi,
mereka tidak juga akan mau diyakinkan, sekalipun oleh seorang yang bangkit dari
antara orang mati.) Lelaki
kaya itu mati dan di Hades dia membuka matanya sambil menanggung penyiksaan dan
melihat Lazarus di pangkuan Abraham. Di sana
dia ingat akan bapanya dan lima
beradiknya. Dia dapat mengingati mereka waktu itu kerana di tempat itu jiwa
anda masih hidup, dan jiwa anda dapat merasa kesakitan. Anda akan dapat mengingati
semua perkara yang anda lakukan samada baik atau jahat. Anda boleh mengingat
cara hidup anda di dalam atau di luar gereja. Anda masih ingat akan saudara,
emak, adik-beradik, dan teman-teman anda dan ini adalah sebahagian daripada penyiksaan.
Dalam Alkitab mengatakan lelaki ini masih ingat akan lima beradiknya dan dia merayu belas kasihan
sambil berkata, “Bapa Abraham hantarlah seseorang untuk memberitahu dan
meyakinkan mereka supaya mereka tidak
sampai ke tempat penyiksaan ini.” Abraham memberitahunya, “di sana ada Musa dan nabi-nabi Tuhan, biarkan
mereka mendengarkannya.” Dengan keadaan yang sama hari ini anda mempunyai
nabi-nabi Tuhan yang mengajar tentang injil Tuhan. Anda sudah mendengar firman
Tuhan dan sekarang ini waktunya untuk bertobat. Tiada siapa yang sudah
meninggal dapat menyelamatkanmu kerana Dia yang dapat menyelamatkan jiwa, iaitu
Yesus Nasaret, sudah bangkit dari maut dan kini duduk di sebelah kanan Bapa dan
Dia bersedia untuk menyelamatkan anda. Tiada siapa yang dapat menyelamatkanmu.
Ianya tertulis di dalam buku Kisah Para Rasul 4:12
“Dan keselamatan tidak ada di dalam siapa pun juga selain di dalam Dia, sebab
di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia
yang olehnya kita dapat diselamatkan.” Hanya Yesus sahaja yang boleh
menyelamatkan anda. Saya masih dapat merasakan derita dan ngeri di dalam jiwa
saya apabila memikirkan kembali bahawa di tempat itu juga terdapat budak
berumur 12 dan 14 tahun. Mereka sangat menyesali banyak perkara yang mereka
lakukan di dunia. Ramai yang menyangka bahawa kanak-kanak tidak akan ke neraka
kerana mereka masih muda. Namun saya beritahu anda sekiranya anak anda tidak
mengikut jalan Tuhan dan mereka tahu yang mana baik dan jahat, maka mereka juga
akan ke tempat penyiksaan kerana ia tertulis di dalam Wahyu 20:12
“Dan aku melihat orang-orang mati, besar dan kecil, berdiri di depan takhta
itu. Lalu dibuka semua kitab. Dan dibuka juga sebuah kitab lain, yaitu kitab
kehidupan. Dan orang-orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan
apa yang ada tertulis di dalam kitab-kitab itu.” Setiap orang yang
memahami yang mana baik dan jahat akan menghadap pengadilan Tuhan. Tiada yang
tersembunyi di mata Tuhan.
Kami terus berjalan hingga sampai ke
satu tempat seperti padang
bola sepak. Iblis-iblis di sana
mentertawakan manusia. Ejekan mereka adalah terhadap imej Allah sendiri.
Kesukaan mereka adalah penyiksaan terhadap imej Allah iaitu manusia. Mereka
akan mengeluarkan bahagian tubuh manusia dan menyembunyikannya membuatkan pemunyanya
akan mencarinya. Ini membuatkan mereka sangat bersukacita kerana ini akan
menyakitkan dan menyiksa manusia dan inilah hal yang mereka paling gemar.
Seperti tertulis dalam Yohanes 10:10
“Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang,
supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.”
Ianya tidak seperti ketika anda duduk di kerusi dan boleh meminta air lalu
meminumnya. Di tempat itu orang akan meminta air dan pengampunan. Di tempat itu
orang akan menyesal mereka lahir ke dunia. Mereka menyesal kerana mereka tidak menemui
Yesus. Dan ramai yang pernah menemui Yesus namun mereka berpaling daripadaNya.
Namun ianya sudah terlambat. Saya ingin memberitahu anda sekiranya anda tidak
mengikuti jalan Tuhan, sekiranya anda berjalan mengikuti jalanmu sendiri, hari
ini adalah masa anda untuk kembali! Jangan merasa malu apa yang teman-teman
anda akan katakan. Jangan risau tentang apa ayah, teman wanita, atau beradikmu akan
katakan. Fikirlah tentang firman Tuhan ini, “siapa yang malu terhadapNya di
dunia, dia juga akan malu terhadapmu di surga. (Lukas 9:26 Sebab barangsiapa malu karena Aku dan karena
perkataan-Ku, Anak Manusia juga akan malu karena orang itu, apabila Ia datang
kelak dalam kemuliaan-Nya dan dalam kemuliaan Bapa dan malaikat-malaikat kudus.)
Inilah masanya anda mengejar hadirat Tuhan. Inilah masanya anda mendapatkan
keselamatan. Jangan pandang pada gereja, pandanglah pada Yesus Kristus. Jangan
mencari gereja yang akan membuatkan engkau berasa selesa namun carilah gereja
di mana Roh Kudus akan menggerakkanmu dan membuatmu sedar akan dosamu! Inilah waktu
untuk bertobat. Inilah masanya untuk menangis di hadapan Tuhan dan memberitahu
kepadaNya: “Tuhan saya sedar saya tidak selamat. Saya sedar saya tidak dapat
mengecap keselamatan dengan kekuatan saya sendiri.” Sekiranya ini situasi yang
anda alami sewaktu membaca kesaksian ini, pergilah kepada Yesus Kristus!
Kehidupan anda dalam bahaya. Firman Tuhan memberitahu bahawa Dia akan datang
seperti pencuri di tengah malam. (1Tesalonika 5:2 karena kamu sendiri tahu benar-benar, bahwa
hari Tuhan datang seperti pencuri pada malam.) Adakakah anda sedia
untuk diselamatkan atau anda masih memikirkan tentang hal ini?
Kami terus memerhatikan penyiksaan
yang iblis-iblis ini lakukan di sana .
Mereka mengambil satu mata lalu menyembunyikannya. Kami melihat manusia
bergerak dalam kesakitan untuk mencari matanya itu. Bagi iblis ianya satu
kesukaan untuk melihat orang itu. Ada
iblis yang mengambil satu kaki untuk melihat orang itu melompat dan berjalan
tempang untuk mencari kakinya yang hilang. Ada juga yang mengambil tangan seseorang
hanya untuk ketawa melihat kesakitan orang tersebut. Saya ingin beritahu anda
bahawa sesiapa yang pernah mengenal Yesus dan pernah berjalan mengikut jalanNya
tetapi meninggal dunia dalam dosa maka dia akan menerima hukuman yang berganda.
Seperti dalam firman Tuhan mengatakan (Markus 12:40
yang menelan rumah janda-janda, sedang
mereka mengelabui mata orang dengan doa yang panjang-panjang. Mereka ini pasti
akan menerima hukuman yang lebih berat. Yakobus 4:17 Jadi jika seorang tahu
bagaimana ia harus berbuat baik, tetapi ia tidak melakukannya, ia berdosa.)
Sesiapa yang tahu akan kebaikan namun melakukan yang jahat akan menerima
kebinasaan yang berganda. Sesiapa yang tidak pernah mengenal Yesus juga akan disiksa namun ianya tidak seteruk
dengan orang yang pernah mengenal Yesus tetapi kembali berdosa. Saya ingin
beritahu anda bahawa ketika berada di tempat itu, saya merasa sangat ngeri di
dalam jiwa saya walaupun saya tahu di sana
orang tidak dapat memikirkan seperti itu. Saya merasa sangat panik seperti yang
saya rasa sekarang ini. Saya merasa kengerian di dalam kehidupan saya. Saya
merasa begitu ngeri melihat penyiksaan di sana .
Saya sangat bersedih dan kasihan melihat jiwa-jiwa di sana yang menangis dan merayu belas kasihan.
Saya berasa sangat lemah namun Tuhan memberi saya kekuatan lalu memberitahu
saya: “Aku akan
menunjukkan engkau apa yang menunggu semua manusia.” Kami melalui
satu tempat lalu sampai ke satu sel yang sedang membakar. Terdapat jiwa yang
menangis dan menderita lalu saya mulai melihat apa yang berlaku pada mereka.
Mereka yang dibakar ini kelihatan seperti gas dan mereka ini adalah orang yang
pernah berdiri di atas mimbar. Mereka pernah memimpin pujian dan berkhotbah
firman Tuhan. Mereka ini pernah mengusir iblis dan berkata-kat dalam Roh namun
mereka berada dalam penyiksaan oleh kerana mereka telah memutuskan untuk
berpaling dari jalan Tuhan yang kudus. Kami melihat orang-orang disiksa dengan
api. Walaupun mereka hanya tinggal tulang dengan rambut kelabu gelap namun
mereka masih dapat merasa kesakitan. Mereka juga dapat bercakap dan mereka
merayu belas kasihan ketika mereka merasa Tuhan ada di sisi mereka waktu itu.
Mereka menjerit dengan kuat: “Yesus kasihani kami!” Namun masa pengampunan
hanyalah ketika di dunia.
Kami berjalan hingga tiba di suatu
tempat dan Tuhan berkata: “lihat jalan yang lebar ini.” Saya memandang ke
arah jalan itu dan melihat ramai orang percaya sedang memegang Alkitab mereka.
Mereka mengangkat tangan mereka dan ada yang berdoa dan ada juga yang
mengangkat suara mereka kepada Tuhan. Jalan Tuhan menuju ke kanan namun mereka
sedang berjalan ke arah neraka. Saya bertanya kepada Tuhan mengapa mereka
berjalan ke arah itu. Dia memberitahu: “mereka menduakan kehidupan – satu di rumah doa Tuhan dan
satu di rumah mereka sendiri.” Dan saya berkata kepada Tuhan: “tapi
Tuhan mereka ini memuji namaMu!” Lalu Dia berkata: “betul, walaupun mereka menangis, mengangkat
suara, dan mengatakan sesuatu yang baik mengenaiKu, namun hati mereka penuh
dengan zina, kejahatan, dusta, penipuan, benci, kepahitan, dan fikiran yang
jahat.” Lalu saya mengerti seperti yang tertulis di dalam Matius 7:21 Bukan setiap orang yang berseru
kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang
melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.
Adakalanya kita berfikir bahawa
hidup kita benar di hadapan Tuhan. Namun kebenarannya ada kemungkinan ada
seorang jemaat yang kita tidak berapa suka, dan mungkin kita tidak ke gereja
oleh kerana orang itu. Apabila pastor berkata semasa di gereja, “berapa ramai
anda yang mengasihi Tuhan?” Mereka berkata “Amen!”, namun Alkitab mengatakan sesiapa
yang tidak mengasihi saudaranya dan membenci mereka adalah seperti pembunuh,
dan tidak ada pembunuh yang akan masuk ke dalam kerajaan Syurga. (Matius 5:22 Tetapi Aku berkata kepadamu:
Setiap orang yang marah terhadap saudaranya harus dihukum; siapa yang berkata
kepada saudaranya: Kafir! harus dihadapkan ke Mahkamah Agama dan siapa yang
berkata: Jahil! harus diserahkan ke dalam neraka yang menyala-nyala)
Inilah sebab yang terbesar dalam gereja mengapa ramai yang tidak menyukai
antara satu sama lain namun masih menunggu kedatangan Tuhan. Namun Alkitab
mengatakan upah dosa adalah maut. (Roma 6:23 Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah
ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita) Ramai orang
pada hari itu akan menyesal.
Tahukah anda betapa sedihnya untuk
hidup sebagai Kristian yang injili di dunia namun tidak pergi ke syurga selepas
meninggal, dan jiwa anda tidak menerima keselamatan? Maka hari ini anda perlu
berfikir sedalam-dalamnya samada anda melakukan kehendak Tuhan. Sekiranya
Kristus datang hari ini adakah anda akan pergi bersamaNya? Saya ingin beritahu
anda perkara ini; fikirlah sedalam-dalamnya hari ini juga! Adakah saya ingin
masuk ke Syurga? Adakah cara hidup keKristianan saya menyenangkan hati Tuhan?
Hari ini masih ada masa bagi anda mengenalpasti kesalahan anda dan berbalik
kepada Tuhan. Sekiranya anda sedang membaca kesaksian ini pada waktu ini, hari
ini adalah hari anda berpaling kepada Tuhan! Hari inilah harinya bagi anda
menerima Yesus sebagai juruselamat dan lepas dari genggaman neraka.
Kami terus berjalan dan masuk ke
tempat itu dan sungguh memeranjatkan melihat orang yang menyangka mereka hidup
di dalam kekudusan merayu simpati dan peluang yang kedua. Mereka berkata:
“Tuhan ampuni saya!” Saya juga merayu kepada Tuhan bersama dengan mereka ini.
Saya merayu Tuhan mengampuni saya! Waktu itu jiwa saya derita, dan saya merasa
kesakitan yang begitu dalam terhadap jiwa-jiwa di sana juga. Saya merasa ada banyak sebab untuk
meneruskan kehidupan di dunia. Saya merasa manusia memerlukan peluang daripada
Yesus. Saya sangat derita melihat jiwa-jiwa di sana datang untuk merayu simpati dan
pengampunan.
Kami sampai ke satu tempat di mana
seorang wanita kelihatan seperti sedang membaca Firman Tuhan dan berkhotbah
mengenai Yohanes 3:16. Dia berkata: “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia
telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya
kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.” Saya
bertanya kepada Tuhan, “ mengapa wanita ini berada di sini sekiranya dia boleh
mengingati khotbahnya dan memberi mesej injil? Mengapa dia ada di sini?” Dia
menjawab, “kerana
dia tidak mengampuni suaminya, malah dia tidak berdaya untuk mengampuni
suaminya.” (Matius 6:14-15 Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan
orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu
tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu.)
Saya bertanya: “Tuhan adakah begitu mudah untuk terlepas dari keselamatan?”
Wanita itu telah mengembala sebuah gereja injili selama 35 tahun. Pada ketika
itu, kehidupannya memancar kembali di matanya dan melihat dia tidak pernah
dapat mengampuni suaminya. Namun sekarang dia merayu peluang sekali lagi supaya
dia dapat mengampuni suaminya. Tetapi saya ingin memberitahu anda sekiranya
anda mempunyai masalah dengan suami atau isteri anda, pengampunan adalah hari
ini! Hari inilah anda memanggilnya dan berkata: “ampuni saya atau saya
mengampuni apa yang sudah engkau lakukan kepada saya” Buatlah satu persetujuan!
(Matius 5:25 Segeralah berdamai dengan
lawanmu selama engkau bersama-sama dengan dia di tengah jalan, supaya lawanmu
itu jangan menyerahkan engkau kepada hakim dan hakim itu menyerahkan engkau
kepada pembantunya dan engkau dilemparkan ke dalam penjara.)
Sekiranya Yesus memanggilmu ke hadiratNya hari ini, ke mana anda akan pergi?
Firman Tuhan mengatakan: Matius 5:7 Berbahagialah orang yang murah hatinya, karena
mereka akan beroleh kemurahan. Sekiranya anda menangis di dalam
hadirat Tuhan, menangis di dalam hadirat Roh Kudus, anda masih berada di dalam
rahmat dan pengampunan Tuhan. Namun sekiranya anda tidak lagi menangis di dalam
hadirat Tuhan, sekiranya anda tidak berdoa lagi, sekiranya anda sudah lama
meninggalkan hidup dalam doa, saya ingin beritahu anda berada di dalam keadaan
yang amat bahaya. Kita tahu pengampunan adalah hal yang penting namun wanita
itu tidak pernah mengampuni. Selepas 35 tahun mengembala suatu gereja dan hanya
dalam sesaat dia hilang segalanya. Fikirlah sedalam-dalamnya hari ini!
Bertindaklah hari ini! Bagaimanakah hidup anda sekarang ini? Ke manakah anda
ingin hidup secara kekal? Saya mempunyai seorang adik yang pernah berkata: “sekiranya saya mati, saya akan ke neraka
dan membiarkan iblis mencucuk saya dengan arang, dan saya akan membantu mereka
membakar arang-arang itu di dalam api.” Namun saya beritahu anda
penghakiman Tuhan sudah sampai kepadanya. Semasa saya menulis kesaksian ini dia
sedang terlantar disebabkan penyakit AIDS di dalam badannya dan dia merayu
kepada Tuhan memberikannya peluang. Dia mengalihkan hatinya kepada Tuhan kerana
dia tidak lagi berfikir seperti sebelumnya. Sekarang dia tidak mahu ke tempat
penyiksaan itu. Sekarang tidak mungkin dia akan membuka mulutnya untuk bercakap
bahawa dia akan membiarkan iblis mencucuknya dengan arang. Ianya tidak sama
untuk berkata anda akan ke sana
dan disiksa berbanding dengan apabila anda betul-betul berada di tempat itu.
Oleh kerana rahmat Tuhan, adik saya menerima Yesus sebagai juruselamatnya.
Namun saya ingin beritahu anda satu perkara dan sila dengar dengan baik. Adik
saya mendapat peluang itu kerana penyakitnya yang berterusan di dalam hidupnya.
Namun tahukah anda bagaimana dan bila anda akan meninggal? Adakah anda akan
mendapat peluang lagi kelak selain peluang pada ketika ini untuk merayu
pengampunan daripada Tuhan atau anda akan meninggal serta-merta tanpa
kesempatan untuk mendapat pengampunan daripada Tuhan? Fikirlah sedalam-dalamnya
pada waktu ini juga! Berapa lama hidup anda akan berakhir?
Kami berjalan lalu sampai ke satu
puncak di mana terdapat kumpulan orang-orang yang menggelarkan diri mereka
sebagai “Kristian Injili”. Di dalam perkampungan mereka, terdapat seorang
lelaki bekas pemabuk namun telah bertobat dan menerima Yesus Kristus. Satu hari
isteri lelaki ini sakit tenat lalu dia pergi dari satu rumah ke rumah lain
hinggalah dia sampai ke rumah seorang dari orang “Kristian“ itu dan berkata, “isteri saya sangat sakit. Saya ingin
meminjam sedikit wang untuk membawanya ke hospital.” Lalu lelaki itu
menjawabnya, “adakah itu yang engkau
mahu! Tidak! Kami tidak ada wang di sini!” Lalu dia pergi ke rumah yang
lain dan berkata, “saya tidak punya wang!
Saya perlukan wang!” Begitulah seterusnya dia pergi ke rumah orang-orang
“Kristian” itu untuk meminjam wang bagi menghantar isterinya ke hospital. Namun
tiada siapa yang memberikannya lalu isterinya pun meninggal. Mereka mengatakan
diri mereka “Kristian” tetapi berkata: “adakah
kamu nampak saudara? Pengajaran yang kita dapati dari si pemabuk itu? Dia
mahukan wang itu untuk pergi ke bar dan minum arak, namun saya tidak tertipu
olehnya! Saya tahu dia inginkan arak tapi saya tidak beri dia sesen pun!”
Lalu orang “Kristian” yang lain itu juga memberitahu bagaimana lelaki itu
datang kepadanya dan begitu juga semua mereka yang lain. Namun yang paling
menyedihkan ialah apabila seorang daripada mereka mulai dibakar dengan api dan
berteriak dengan begitu ngeri sekali lalu dia mulai menyesal terhadap semua
perkara yang jahat yang dia lakukan di dunia, dia berkata: “Tuhan mengapa hati
saya tidak melihat perkara jahat telah saya lakukan?” Tetapi Alkitab begitu
jelas mengatakan bahawa anak Tuhan adalah orang yang dipimpin oleh Roh Tuhan (Roma 8:14 Semua orang, yang dipimpin Roh
Allah, adalah anak Allah.) Semasa kejadian ini berlaku, semua yang
lain juga mulai dibakar dalam api dan mereka menangis dan menyesal. Mereka
ingat akan ketika lelaki itu datang ke rumah mereka untuk meminta pertolongan.
Saya tidak tahu satu hari anda akan
ke neraka dan ingat kembali bahawa anda pernah membaca kesaksian ini atau satu
hari anda akan mempertanggungjawabkan hidup anda kepada Tuhan. Mungkin anda
diberitahu untuk tidak melakukan yang jahat, dan anda pernah mendengar injil
Yesus, namun anda tidak mahu bertobat. Hari itu akan menjadi hari yang paling
menyedihkan bagi hidup anda!
Tubuh orang-orang di sana dibakar dan juga
diikat dengan tali. Badan mereka berwarna kelabu gelap. Mereka tidak dapat
berbuat apa-apa melainkan menyesal, mengeluh, dan berteriak dalam kesakitan dan
ngeri disebabkan mereka tidak dapat menahan derita. Daging mereka hampir lebur
dan berjatuhan. Kulit mereka berjatuhan hingga mereka kelihatan seperti tulang
yang berwarna kelabu gelap. Saya ingin beritahu anda bahawa kesakitan dan
penyiksaan ini adalah kekal. Penyiksaan ini tiada akhirnya. Semua orang di sini
ingat betapa jahatnya hati mereka. Dengarlah ini! Ini bukan tayangan gambar!
Ini bukan cerita yang direka-reka semata-mata. Ini benar-benar berlaku! Dan ini
berlaku di dalam hidup saya!
Dengarkanlah saya baik-baik. Saya
seorang Kristian Injili. Hidup saya mengarah kepada Tuhan. Saya berdoa untuk
orang sakit dan Tuhan menyembuhkan mereka. Saya berdoa bagi yang tempang dan
Tuhan menyembuhkan mereka. Saya mengusir iblis-iblis dan berkata-kata dalam
bahasa Roh namun suatu roh kemegahan menyelinap masuk ke dalam hidup saya
sehingga secara rohani saya melihat pastor lebih rendah daripada saya. Ada beberapa ketika
orang-orang akan pergi ke gereja dan meminta pastor untuk berdoa bagi
penyembuhan mereka. Sekiranya tidak ada apa yang berlaku, hari berikutnya
mereka akan ke tempat saya untuk saya berdoa bagi mereka. Lalu saya berdoa bagi
mereka dan Tuhan akan menjawab doa saya. Namun saya mulai berfikir bahawa oleh
kerana sayalah Tuhan bekerja. Dalam kemegahan, saya fikir saya begitu istimewa.
Dalam pemahaman saya, saya seorang yang sangat diberkati dan istimewa sekali.
Saya tidak sedar bahawa semua itu adalah rahmat Tuhan di dalam kehidupan saya
sehinggalah saya sampai di neraka dan Tuhan memberitahu saya, “Aku bukan Tuhan
orang yang memegahkan diri.” Lalu saya faham ramai di antara kita
yang berada di atas mimbar dengan penuh bangga dan kemegahan. Ramai orang yang
diberkati untuk menyanyikan pujian dengan suara yang merdu mulai berasa bangga.
Siapakah yang menyampaikan firman Tuhan dan dipakai Tuhan mulai berfikir yang
mereka itu sangat penting? Siapakah yang diberikan karunia untuk pemnyembuhan
dan pelepasan berasa bangga dan mulai berfikir bahawa dia itu sangat penting?
Saya ingin beritahu anda Tuhan sedang melihat setiap langkah yang anda lakukan.
Tuhan mendengar dan mengenal hatimu. Saya ingin beritahu orang yang membaca
kesaksian ini sekiranya anda memegahkan diri, bangga, dan sombong, sekiranya
anda memandang rendah saudara seimanmu, bertobatlah pada waktu ini juga! Ianya
lebih baik dihina oleh manusia berbanding menjadi hina di hadapan Tuhan. Saya
begitu mengharapkan satu waktu nanti anda yang sudah membaca kesaksian ini
dapat melihat tempat ini. Saya harap suatu ketika anda dapat mendengar
rintihan, keluhan, dan tangisan yang begitu mengerikan hingga memenuhi jiwa
dengan kengerian. Tangisan di sana
berupaya menusuk hati seseorang yang terdalam sekalipun. Jiwa-jiwa di sana berteriak, “Tuhan,
kasihani saya! Tuhan, keluarkan saya dari tempat ini! Tuhan, hulurkan tanganMu
dan bawalah saya keluar dari tempat penyiksaan ini!” Pada waktu itulah
seseorang itu akan ingat kembali semua yang dilakukan di dunia. Saya begitu
mengharapkan anda sedar betapa sedihnya untuk berada di tempat itu
selama-lamanya! Adakah anda sedar bagaimana siksanya hidup anda waktu itu dan
betapa sedihnya anda sampai ke tempat itu?
Kami terus berjalan lalu sampai ke
satu tempat bilik. Satu makhluk datang dan menjerit lalu semua iblis-iblis
menghadapnya. Dua wanita yang cantik juga menghadapnya. Mereka diberi tugas di
dunia untuk merosakkan pelayanan dan menjatuhkan pastor. Adakalanya anda
mungkin melihat seorang wanita yang menawan cuba untuk mendekati pelayan Tuhan
supaya dia jatuh ke dalam dosa. Itulah matlamatnya. Setan memberi tugas kepada iblis-iblisnya.
Kamu yang melayan di atas mimbar, mengambil bahagian dalam penyembahan, yang
memimpin pujian, menyanyi bagi Tuhan, bermain gitar, bermain drum atau piano,
dengarkan kata saya. Setan ingin menghancurkan hidup anda. Sekiranya dia perlu
melibatkan ayah, emak, keluarga, pastor, atau saudara seiman anda maka dia akan
melakukannya. Sesiapa yang tidak mempunyai hati yang bertobat atau tidak intim
dengan Tuhan boleh menjadi alat bagi setan pada bila-bila masa. Wanita-wanita
ini akan pergi ke seluruh tempat di dunia namun mereka tidak pergi ke bar atau
kantin. Mereka akan pergi terus ke gereja. Selain itu terdapat iblis-iblis yang
berpelakuan dan berpakaian seperti lelaki yang akan terus pergi ke gereja untuk
mengelirukan wanita-wanita muda maupun wanita yang sudah berkahwin. Dengan
berbuat demikian mereka akan menghancurkan banyak kehidupan kerana mereka
dihantar oleh setan dengan roh kejahatan untuk menghancurkan pekerjaan Tuhan.
Di tempat itu juga terdapat orang
yang menghina Roh Tuhan. Lelaki itu sedang berdiri dan merayu pengampunan dan
belas kasihan Tuhan. Saya ingin beritahu anda bahawa setiap ketika
cacing-cacing api keluar dari mulut, mata dan telinganya. Dia cuba untuk
mengeluarkannya dengan tangannya namun semakin dia berbuat demikian semakin
banyak cacing yang keluar. Semakin banyak cacing-cacing api yang bergerak di
sekeliling tubuhnya. Seperti tertulis dalam Markus 9:43, “Dan jika tanganmu menyesatkan engkau,
penggallah, karena lebih baik engkau masuk ke dalam hidup dengan tangan kudung
dari pada dengan utuh kedua tanganmu dibuang ke dalam neraka, ke dalam api yang
tak terpadamkan.” Lelaki ini berteriak dalam kesakitan namun dia
tidak dapat lari dari tempat itu atau memusnahkan cacing yang menyerangnya. Dia
tidak dapat mengalihkan cacing-cacing dari tubuhnya kerana semakin dia mencuba
semakin banyak cacing yang keluar. Dia mengharungi penyiksaan dan derita yang
sama sepanjang masa. Ada
satu ketika cacing-cacing ini mulai memakan tulang-tulangnya. Anda dapat
melihat dia tidak berdaya menahan derita yang ditanggungnya. Disebabkan
pekikannya yang begitu kuat saya merasa sungguh ngeri melihat penyiksaan di
tempat itu. Pada waktu itu dia ingat akan keluarganya. Di sana anda dapat ingat berapa banyak keluarga
anda, siapa yang mengikut Tuhan dan siapa yang tidak. Saya ingin beritahu anda
hari ini bahawa anda harus mendapatkan janji Tuhan seperti dalam Kisah Para Rasul 16:31
yang mengatakan, “Jawab
mereka: "Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat,
engkau dan seisi rumahmu. “ Sekiranya kamu sayang akan keluargamu
maka beritahulah mereka mengenai Firman Tuhan supaya mereka tidak perlu ke
neraka. Adakah anda tahu betapa ngerinya apabila Alkitab mengatakan di dalam Matius 10:28 “Dan janganlah kamu takut
kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh
jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun
tubuh di dalam neraka.”
Adakalanya kita menghindar dari
pastor, adakalanya kita menghindar dari diaken, dan adakalanya kita menghindar
dari penatua gereja namun tidak ada siapa yang dapat mengelak dari hadirat
Tuhan. Ingatlah bahawa di mana saja anda berada samada di tempat tinggi atau
tempat yang dalam, anda sentiasa berada di dalam hadirat Tuhan. (Mazmur 139: 7-10
Ke mana aku dapat pergi menjauhi roh-Mu, ke mana aku dapat lari dari
hadapan-Mu?Jika aku mendaki ke langit, Engkau di sana ; jika aku menaruh tempat tidurku di
dunia orang mati, di situ pun Engkau. Jika aku terbang dengan sayap fajar, dan
membuat kediaman di ujung laut, juga di sana
tangan-Mu akan menuntun aku, dan tangan kanan-Mu memegang aku.)
Anda perlu tahu ada sebabnya mengapa
ramai orang Kristian yang berada di neraka. Ia mungkin kelihatan tidak masuk
akal namun antara sebabnya ialah kerana dusta. Ada yang datang ke gereja pada hari tertentu
dan mereka ditanya mengapa mereka tidak ke gereja sebelumnya lalu mereka
berkata: “ala, banyak perkara yang saya perlu buat! Jadi saya tidak dapat
datang.” Namun itu tidak benar. Mereka memang tidak ingin pergi ke gereja tetapi
mereka menipu. Tahukah anda bahawa inilah yag dilakukan oleh Anania dan Safira
dalam buku Para Rasul 5:3-10, “Tetapi Petrus berkata: "Ananias, mengapa hatimu
dikuasai Iblis, sehingga engkau mendustai Roh Kudus dan menahan sebagian dari
hasil penjualan tanah itu? Selama tanah itu tidak dijual, bukankah itu tetap
kepunyaanmu, dan setelah dijual, bukankah hasilnya itu tetap dalam kuasamu?
Mengapa engkau merencanakan perbuatan itu dalam hatimu? Engkau bukan mendustai
manusia, tetapi mendustai Allah." Ketika mendengar perkataan itu rebahlah
Ananias dan putuslah nyawanya. Maka sangatlah ketakutan semua orang yang
mendengar hal itu. Lalu datanglah beberapa orang muda; mereka mengapani mayat
itu, mengusungnya ke luar dan pergi menguburnya. Kira-kira tiga jam kemudian
masuklah isteri Ananias, tetapi ia tidak tahu apa yang telah terjadi. Kata
Petrus kepadanya: "Katakanlah kepadaku, dengan harga sekiankah tanah itu
kamu jual?" Jawab perempuan itu: "Betul sekian." Kata Petrus:
"Mengapa kamu berdua bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan? Lihatlah,
orang-orang yang baru mengubur suamimu berdiri di depan pintu dan mereka akan
mengusung engkau juga ke luar." Lalu rebahlah perempuan itu seketika itu
juga di depan kaki Petrus dan putuslah nyawanya. Ketika orang-orang muda itu masuk,
mereka mendapati dia sudah mati, lalu mereka mengusungnya ke luar dan
menguburnya di samping suaminya.” Pada masa yang sama wanita itu
mati oleh kerana dustanya. Ramai Kristian Injili yang berada di tempat itu
kerana mereka ingat mereka hanya menipu pastor namun sekiranya anda menipu,
anda bukan menipu manusia, melainkan anda menipu Tuhan. Semua dusta dilihat
Tuhan. Firman Tuhan mengatakan bahawa tidak ada pemabuk, penzina, pencabul, dan
pendusta yang akan masuk ke Kerajaan Allah.
Tujuan kesaksian ini adalah saya
ingin memberitahu anda bahawa saya hidup sebagai seorang Kristian Injili yang
sangat dipakai Tuhan, namun ada kemegahan di dalam hati saya. Dan saya ingin
memanggilmu untuk bertobat. Pertobatan adalah satu kesedaran terhadap kesalahan
kita. Sekiranya anda seorang Kristian Injili namun tidak bersih di hadapan
Tuhan , hari inilah bagi anda untuk memperbaharui hati dan minda anda.
Sekiranya anda sedang membaca kesaksian ini namun anda masih belum menerima
Yesus di dalam hati anda, dan anda ingin menerimaNya sebagai juruselamat anda,
saya mengajak anda untuk berdoa seperti ini: “Tuhan Yesus, waktu ini saya yang
berada di dalam hadiratMu ingin meminta pengampunan terhadap dosa dan kesalahan
saya. Hati saya meminta maaf terhadap kejahatan yang telah saya lakukan di
dalam hidup saya. Tuhan masuklah ke dalam hati saya. Mulai hari ini saya
menerimaMu sebagai satu-satunya Juruselamat hidup saya.”
Sekiranya anda suam-suam kuku dan
kehidupanmu di gereja bercanggah dengan kehidupanmu di rumah, tundukkanlah
kepalamu di hadapan Tuhan dan berdoalah demikian: “Tuhan Yesus, ampuni saya. Hari ini saya
datang kepadamu untuk merayu pengampunanMu dan untuk berdamai denganMu.
Tuliskanlah namaku di dalam Buku Kehidupan dan penuhilah saya dengan Roh
KudusMu. AMEN.”
No comments:
Post a Comment