Penglihatan Pengangkatan, Tribulasi, Kota Suci,
& Tahkta Allah dan syaitan.
Kesaksian Budak Perempuan berumur 8 Tahun
Kesaksian Budak Perempuan berumur 8 Tahun
Yang
Telah Bertemu Tuhan Yesus Kristus.
(Jannet Balderas Canela)
Diterjemahkan ke B.Malaysia
Oleh: Ryan LG.
Terjemahan Asal dari rakaman Audio Bahasa Sepanyol, Sebagai gambaran beberapa ilustrasi (gambar-gambar) tambahan telah diletakkan dan bukan dari Kesaksian Asal. Kesaksian ini telah disahkan benar dan pasti oleh para Nabi Tuhan dan hamba Tuhan yang dipercayai.
Saudara yang dikasihi, semoga Tuhan memberkati semua saudara ketika
ini. Mari kita lihat di dalam 2 Korintus 12:1-4,
Perkataan Kudus dari Tuhan. Dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. "Aku harus bermegah, sekalipun memang hal itu tidak
ada faedahnya, namun demikian aku hendak memberitakan penglihatan-penglihatan
dan penyataan-penyataan yang kuterima dari Tuhan Yesus. Aku tahu tentang
seorang Kristen; empat belas tahun yang lampau -- entah di dalam tubuh, aku
tidak tahu, entah di luar tubuh, aku tidak tahu, Allah yang mengetahuinya --
orang itu tiba-tiba diangkat ke tingkat yang ketiga dari sorga. Aku juga tahu
tentang orang itu, -- entah di dalam tubuh entah di luar tubuh, aku tidak tahu,
Allah yang mengetahuinya --ia tiba-tiba diangkat ke Firdaus dan ia mendengar
kata-kata yang tak terkatakan, yang tidak boleh diucapkan manusia."
Saya
kaitkan apa yang saya alami bersama Tuhan Yesus pada 5 September 1999. Semasa
kami berada dalam Gereja, kami diurapi dengan kuasa Tuhan ke atas setiap jiwa kami. Saya
tersungkur ke lantai ketika merasakan hadirat Tuhan. Saya merasakan Tuhan mula berbicara dan memperlihatkan saya Penglihatan-Penglihatan.
Salah
satu penglihatan itu, saya mula terlihat ada dua jalan, satu lebar dengan ramai
orang berjalan melaluinya tetapi mereka semua menuju ke tempat kebinasaan
manakala jalan yang satu lagi sangat sempit dengan ramai orang sedang berjalan masuk ke jalan ini sambil memuji dan memuliakan Tuhan.
Kemudian
Tuhan menunjukkan saya satu lagi
penglihatan dimana Malaikat berlawan dengan satu Naga. Naga itu melontarkan api
dan iblis-iblis ke Bumi ini.
Selepas
itu saya melihat satu Penglihatan sebuah Jam bercahaya dengan terangnya,
diperbuat dari emas. Jam menunjukkan masa sudah pukul 12 tetapi saya terlihat
ada tangan memusingkannya kembali kepada jam 11. Tuhan berkata kepada ku, "Lihat, hamba ku, Aku memusingkan kembali jam itu sebab umat
Ku belum bersedia seperti yang Aku mahu. Aku memusingkan kembali masa ke
belakang sebab umat Ku tidak memuji Ku seperti yang Aku mahu, itulah sebabnya. Sebab begitu besarnya kemurahan Ku, Aku memberikan peluang terakhir, supaya
setiap satu yang datang di depan kaki Ku harus mendapat kehidupan kekal .”
Kemudian
Tuhan menunjukkan satu penglihatan,
ketika saya masih terlantar di atas lantai. Saya terlihat seorang menunggang
kuda ke arah ku. Dia menghampiri dan menghulurkan tanganNya kepada ku. Kemudian
saya merasakan Tuhan Yesus mengambil ku dengan tanganNya. Saya merasakan Dia
mengangkat roh ku keluar dari tubuh dan merangkulnya. Kami kemudian memulakan
perjalanan menuju ke atas dan berhenti di
satu tempat yang tidak terlalu tinggi juga tidak rendah. Dia berkata
kepada ku "Lihat hamba Ku, Aku berkata
kepada mu, Aku akan membawa engkau bersama Ku, dan inilah apa yang sedang Ku lakukan, sebab apa yang keluar dari mulut Ku, akan Ku genapkan. Apa
yang Ku katakan akan Ku laksanakan. Sebab itulah Aku membawa engkau ke sini,
hai hamba Ku. Tetapi terdahulu dari itu Aku akan tunjukkan kepada mu luka-luka
di tubuh Ku, oleh itu sila perhatikan baik-baik supaya engkau tidak lupa apa
yang Aku perbuat kepada mu."
Kami
sampai ke tempat Tahkta Allah dan Tuhan Yesus menunjukkan kepada ku tempat mana
paku diletakkan, tempat mana
tubuhNya dicucukkan. Dia juga menunjukkan kepada saya bagaimana
Dia disebat. Saya melihat bekas-bekas pukulan yang Dia telah tanggung bagi kita
semua. Dia berkata, "Lihat, hamba Ku, ramai dari kamu tidak mengendahkan
semua apa yang telah Aku lakukan ke atas kamu, ramai di antara kamu telah lupa
bahawa Aku telah mati di atas Kayu Salib, dan Aku rasakan kesakitan, hamba Ku.
Aku terasa sakit apabila ramai orang
menyangkal Ku, seolah-olah luka itu muncul kembali dan ini menyakitkan
Ku. Seolah-olah mereka menyalibkan Ku semula." Saya
melihat Tuhan Yesus menangis, kerana kita membiarkan Dia jatuh
tersiksa.
-SYURGA-
Tuhan
Yesus berkata, "Hamba, Aku akan
perlihatkan banyak perkara, Aku akan perlihatkan kamu jalan emas dan laut kristal, supaya kamu
beritahu bahawa ini adalah milik
Kebesaran Ku untuk semua”.
Sebentar selepas itu kami sampai ke tempat yang jalannya cantik,
sungguh cantik. Saya tidak pernah melihat mahu pun menyentuh benda serupa ini
di Bumi. Jalannya berkilau!. Tuhan Yesus berkata,"Hamba
Ku, sentuhlah jalan emas ini, sebab kamu dan umat Ku akan tinggal di sini, kerana umat Ku akan menunggang di atas jalan ini tidak lama lagi."
Saya melihat pancaran mencerminkan Tuhan Yesus dan saya menunggang
bersama-sama.
Selepas itu kami sampai di laut kristal, ianya
sungguh indah. Semasa saya menunggang bersama Tuhan Yesus melalui laut yang
cantik ini, Dia memberitahu saya, "Hamba
Ku, semua ini bukan untuk Ku tetapi untuk semua Umat Ku. Semua ini bebas engkau
sentuh kerana Aku telah menyediakan ini dengan penuh kasih Ku ke atas umat Ku."
Kemudian Dia berkata lagi, "Hamba mari
dekat kepada Ku, sebab akan Ku perlihatkan perkara-perkara selain dari ini."
Kami
sampai ke satu tempat di mana saya dapat melihat kemuliaan Tuhan, dan rasa
kekuasaanNya.Tempatnya sungguh besar dan cantik. Saya melihat banyak meja, lalu
saya bertanya kepada Tuhan Yesus, "Tuhan,
untuk apakah semua ini?, Dia
menjawab, "Hamba, ingatlah tentang
Perkahwinan Anak Domba, ingat bahawa di sinilah akan dilangsungkan Perkahwinan
Anak Domba itu." Saya melihat meja di situ tidak
terkira banyaknya sampai penghujungnya pun tidak kelihatan. Ada
Malaikat-Malaikat di setiap meja, lalu aku bertanya kepada Tuhan Yesus, "Tuhan, kenapa ada Malaikat di setiap meja dan
kerusi?" Lalu
Tuhan Yesus berkata "Hamba Ku,
Malaikat-Malaikat ini menghiasi semua meja dan bersedia di setiap meja kerana
Aku sudah menyediakan
segala-segalanya."
Saudara-Saudara, meja-meja itu berkilau dan semuanya diperbuat
dari emas dan dihiasi dengan begitu sempurna. Saya melihat bagaiman
Malaikat itu meletakkan garfu, sudu, gelas, tempat hidangan yang semuanya diperbuat
dari emas yang sungguh cantik. Tuhan Yesus memberitahu saya, "Hamba, beritahu umat Ku supaya bersedia bahawa
sebentar lagi Aku akan menjemput mereka bersama Ku supaya mereka berada di sini dan bergembira bersama Ku
dalam Perkahwinan Anak Domba itu."
Suasananya
sungguh indah, hadirat Tuhan boleh terasa disitu, kemuliaan dan keagungan
Raja! Tuhan Yesus berkata, "hamba,
kemari dan akan Ku tunjukkan yang
lain." Kami sampai ke satu tempat yang banyak pintu
yang cantik. Saya berkata, "Apa yang ada di
sebalik pintu itu?" Dia berkata "Di sebalik pintu ini adalah Murid-Murid Ku, dan di sebalik pintu-pintu yang ini adalah Rasul-Rasul Ku, manakala di
sebalik pintu-pintu ini adalah semua mereka yang telah memuji dan memuliakan Ku
semasa hidup di Bumi."
-MARIA-
Kami teruskan
lagi menunggang kuda sehingga sampai ke satu pintu yang separuh terbuka, dan
Tuhan Yesus berkata. "Hamba mari ke sini, sebab di sebalik pintu ini adalah Maria. Mari dekat supaya kamu
mendengar apa yang dia cakapkan dan dapat
beritahu semua umat Ku, supaya kamu boleh memberitahu semua orang
bagaimana Maria menderita."
Saya menghampiri dan terlihat seorang
perempuan muda, cantik, mukanya amat berseri-seri. Dia sedang melihat menerusi
tingkap kecil. Dia sedang tunduk melutut
dan melihat permukaan Bumi, menangis seolah-olah mengalami kesakitan
yang teramat sangat.
Kemudian
perempuan itu berkata, "kenapa kamu menyembah ku? Kenapa?, aku tidak punya
kuasa apa-apa! Mengapa kamu menyembah ku? Aku
tidak berbuat apa-apa! Jangan menyembah ku! Jangan tunduk di depan ku!
Sebab aku tidak dapat menyelamatkan kamu! Hanya yang dapat menyelamatkan engkau
dan menebus engkau ialah Tuhan Yesus yang telah mati bagi semua manusia!. Ramai
orang yang berkata bahawa aku mempunyai
kuasa, dapat melakukan mukjizat tetapi itu semua bohong! Aku tidak boleh melakukan apa-apa!
Tuhan Yang Maha Kuasa telah menaruh kepercayaan kepada ku dan menggunakan rahim ku supaya Tuhan
Yesus dapat dilahirkan dan menyelamatkan setiap orang, tetapi saya tidak
mempunyai kuasa. Saya tidak dapat berbuat apa-apa! Jangan tunduk di hadapan Ku!
Jangan menyembah ku sebab saya tidak layak disembah. Hanya satu yang layak
disembah, satu-satunya yang boleh kamu tunduk dihadapanNya dan agungkan ialah
Tuhan Yesus! Dia satu-satunya yang boleh
menyembuhkan dan menyelamatkan.!"
Saya
dapat perhatikan bagaimana peritnya kesakitan perempuan muda ini telah lalui,
sungguh menderita dan menangis. Dia berkata, "Tidak!
Tidak! Jangan menyembah kepada ku! Kenapa kamu tunduk di hadapan ku! Tiada apa yang aku telah lakukan!"
Lihatlah
saudara-saudara yang kekasih, sungguh menyayat hati apabila melihat keadaan
perempuan muda ini, dia menangis dengan
kesakitan dan kesedihan.
-JUBAH
DAN MAHKOTA-
Tuhan
Yesus memberitahu saya, "Hamba marilah
ke sini, sebab Aku teruskan lagi menunjukkan hal-hal kepada mu."
Kami tiba di satu tempat yang sangat indah di mana saya dapat merasakan kemuliaan Tuhan. Saya melihat baris-baris Jubah Putih yang
sangat putih dan cantik! Saya menyentuhnya dan Tuhan Yesus berkata "Hamba, sentuhlah Jubah ini, sebab Jubah-Jubah ini
adalah untuk kamu, semua umat Ku.”
Saya
terlihat banyak baris susunan Jubah lalu saya menyentuh satu pakaian yang
halus. Ianya amat putih dan bersinar. Tidak ada seperti ini yang pernah saya
pegang di Bumi. Tuhan Yesus berkata, "Hamba,
semua Jubah ini adalah untuk umat Ku." Kelihatan air mata mengalir di pipi Tuhan
Yesus. Tuhan Yesus berkata. Banyak daripada Jubah ini masih sini kerana menunggu seseorang mengambilnya,
menunggu tubuh yang akan
memiliknya." "Kenapa Tuhan?"
Saya bertanya. "Sebab ramai
yang tidak menyembah Ku seperti yang Aku mahu, ramai yang tidak mengambil
perhatian apa yang telah Aku lakukan kepada kamu semua. Hamba Ku, banyak Jubah Putih ini masih di sini bagi menanti tubuh yang memakainya,
sebab Kerajaan Ku tidak akan menerima apa yang kotor. Di dalam Kerajaan Ku, Aku
hanya menerima yang Kudus, sebab ada tertulis dalam firman Ku, Kuduskan diri
mu sebab Aku Kudus." (1
Petrus 1:16)
Saya
lihat banyak Jubah, setiap satu ada nama
tertulis diperbuat dari emas. Saya menyentuhnya dan ada yang kecil dengan
pelbagai saiz, dan saya bertanya kepada Tuhan Yesus, "Tuhan, bagaimana dengan saiz-saiz yang kecil ini, siapakah yang
memakainya?" Tuhan Yesus menjawab, "Hamba, harus ingat anak-anak kecil Ku. Ingat bahawa
Aku sediakan untuk setiap seorang, Aku tidak pilih kasih, Jubah yang kecil
adalah untuk Anak-Anak Ku yang kecil yang telah memuji nama Ku, mereka yang
rindu datang ke Rumah Ku (Gereja) dan
memuliakan Nama Ku, oleh itu Aku telah menyediakan sesuatu yang besar bagi
mereka. Aku menyediakan bagi setiap orang yang mencari Ku, kepada sesiapa yang
datang sujud di kaki Ku, Aku berikan
hidup yang kekal bagi mereka.”
Kami terus menunggang lagi dan tiba ke satu tempat
yang sangat besar dengan banyak Mahkota, lalu saya berkata, "Oh Tuhan! Mahkota-Mahkota itu sungguh cantik. Untuk
siapakah ini.?"
Tuhan Yesus menjawab? "Hamba,
Mahkota-Mahkota yang kau pegang ini adalah bagi mereka yang telah memuji Nama
Ku, untuk mereka yang betul-betul memuliakan nama Ku seperti yang Aku
mahukan."
Tuhan
Yesus menunjukkan Mahkota yang lain tetapi saya perhatikan hanya bingkainya
saja. Lalu Tuhan Yesus berkata. "Hamba, cuba kamu lihat pada arah
ini." Lalu saya
berpaling dan saya lihat Mahkota-Mahkota
yang diperbuat dari duri, lalu saya berkata, "Tuhan, jangan berikan
mahkota berduri atau mahkota bingkai biasa untuk ku,!”
Tuhan Yesus memberitahu saya, "Hamba, di tempat ini ada 3 jenis Mahkota: jenis yang
mewah dan berkilau yang kamu boleh lihat dan sentuh adalah bagi mereka yang betul-betul memuji
nama Ku, bagi mereka yang yang betul-betul dengan sepenuh hati memuliakan dan
memuji Nama Ku. Mereka adalah yang bekerja di ladang anggur Ku, mereka yang
senang hati apabila berada di dalam Rumah Ku, mereka yang suka berusaha keras
dan rela menanggung kesengsaraan bagi menyenangkan Perkataan Ku. Manakala
Mahkota yang kelihatan hanya tinggal bingkai adalah bagi mereka yang
sekadar bermain dengan Perkataan (Firman) Ku, ini adalah untuk mereka yang
tidak senang berada di dalam Rumah Ku (Gereja), ini adalah bagi mereka yang
tidak suka berpuasa, tidak tabah, juga tidak memuliakan Nama Ku, mereka ini
sekadar memuji Ku dengan bibir mereka dan bukan dari hati sebagaimana yang Aku
kehendaki. Kenapa begini hamba Ku? Sebab
tidak ada yang boleh menipu Ku, tidak ada tempat bersembunyi dari Ku.
Hamba, Mahkota yang berduri pula adalah bagi mereka yang sekadar berseronok-seronok
dengan Perkataan Ku, bagi mereka yang mengkritik Perkataan Ku, mereka yang
telah Ku ketuk hati mereka tetapi tidak menerima Perkataan Ku, bagi mereka yang
mengkritik Perkataan Ku.”
-PENGLIHATAN
PENGANGKATAN-
Selepas
itu Tuhan Yesus berkata, "Hamba, Aku akan perlihatkan kamu tentang
Pengangkatan, Aku akan tunjukkan bagaimana keadaan kedatangan Ku."
Lalu saya berkata, "Tuhan, telah banyak
saya lihat, kenapakah Tuhan masih memperlihatkan saya yang lain lagi?"
Kemudian kami sampai ke Tahkta Tuhan, kelihatan beribu-ribu Malaikat berkumpul
di sana . Lalu
kami mulai turun ke tempat itu, dan kami berhenti betul-betul pada tempat ada
awan putih yang sungguh cantik. Tuhan Yesus menyuruh Malaikat-Malaikat supaya
datang dan menerima Gereja, dan Tuhan Yesus memberitahu kepada saya, "Hamba
lihat betul-betul, sebab beginilah keadaannya apabila Aku kembali, inilah kedatangan Ku.”
Saya terlihat orang-orang terbang naik dari empat
penjuru Bumi, sambil memuji nama Tuhan. Semua orang-orang ini diurapi dengan
kuasa Tuhan. Mereka semua berpakaian
Jubah putih dan terus naik dan
naik. Mereka mulai bernyanyi lagu yang indah, "Kudus,Kudus,
Kuduslah Engkau Oh Tuhan! Terimakasih Bapa! Kerana mengangkat kami!
Terimakasih Tuhan, Kerana mengangkat kami!."
Saya
melihat ramai orang yang berbeza-beza, ada yang tinggi, pendek, hitam dan
putih. Semua orang ini dan semua Malaikat ini naik menuju ke atas awan-awanan
di mana Tuhan Yesus dan saya berada. Semua orang dan Malaikat dengan penuh
kesyukuran kepada Tuhan Yesus, dan kami semua berkata, "Kudus, Kudus, Kuduslah Engkau oh Tuhan!"
Keadaan yang menakjubkan, Saya melihat ramai orang yang saya kenal. Mereka semua diurapi dengan
kemuliaan Tuhan Yesus.
Selepas
itu kami sampai ke Tahkta Allah, dan Tuhan Yesus berkata "Hamba, ke mari." Kami kemudian keluar dari kamar Tahkta dan
sampai ke satu tempat yang keadaan tingkapnya sangat kecil. Tuhan Yesus
berkata, "Hamba, sekarang lihat ke
bawah." Saya
terpandang keadaan pemusnahan yang
dahsyat, suatu kemusnahan yang sungguh mengerikan. Seluruh Bumi telah dimusnahkan dengan penuh kesengsaraan.
Tuhan Yesus berkata, "lihat hamba Ku,
inilah keadaannya apabila Aku mengambil umat Ku dari Bumi, inilah yang terjadi
selepas kedatangan Ku, ini akan terjadi selepas Gereja bersama dengan Ku."
Saya terlihat suatu pemusnahan yang amat dahsyat.
Saya terlihat dimana orang sedang
berpesta pada suatu ketika, tetapi
kemudian saya melihat ada bapa sedang mencari anaknya, ibu mencari anak
perempuanya tetapi tidak menjumpai, sebab Tuhan
Yang Maha Kuasa telah mengambil mereka semua. Kelihatan saudara mara
mencari-cari saudaranya yang lain tetapi mereka tidak menemukannya. Kelihatan
orang-orang mencari jiran mereka tetapi tidak menjumpai mereka, sebab
Tuhan telah pun mengangkat mereka
bersama dengan Dia.
Sesuatu
yang dahsyat telah terjadi di seluruh bumi. Saya melihat Pastor berlarian ke satu tempat ke satu tempat lain dan saya
bertanya kepada Tuhan Yesus, "Tuhan, kenapa
orang itu berlarian sana-sini?, Tuhan Yesus menjawab, "Hamba, orang ini adalah Pastor, tetapi dia
berfikir Aku akan datang lewat, lalu dia tertinggal. Dia tidak menyangka Aku
datang sekarang, dia meyangka masanya lama lagi sebelum Aku datang kembali, sebab
itulah kenapa dia tertinggal.” Pastor itu berlari-lari tidak
ketentuan arah, dan berkata "Tuhan, kenapa
saya tertinggal? Saya seorang Pastor, saya ada kedudukan di dalam Gereja, dan
kini Gereja telah tiada, adakah saya ini tertinggal? Kenapa saya
ditinggalkan?" Tuhan Yesus berkata, "Hamba,
Aku tidak dapat berbuat-apa sekarang, dia menyangka kedatangan Ku dilewatkan,
dan apa yang terjadi dia tertinggal.”
Saya
melihat bagaimana kemudiannya mereka-mereka ini diseksa. Dia berkata, "Satu benda yang yang saya mahu ialah supaya saya
diangkat oleh Kristus! Satu hal yang saya mahu ialah bersama dengan Tuhan sebab
saya tidak mahu berada di sini sengsara dalam Masa Tribulasi,! Dia
terus berlari-lari ke seluruh tempat dan bertanya dirinya sendiri, "Kenapalah aku tertinggal? Ambil saya Tuhan! Saya tidak
mahu sengsara menderita di sini!" Tuhan Yesus berkata, "Hamba Ku, Aku tidak dapat berbuat apa sekarang,
telah lama Aku memberitahu dia bahawa
Aku akan datang tidak lama lagi, tetapi dia tidak percaya,lalu apa yang terjadi
sekarang, dia tertinggal.
Saya
melihat ramai orang berlarian tidak tentu arah. Begitu ramai orang
berlari-lari, terdesak mencari kedamaian
tetapi tidak menjumpainya. Mereka menjerit, "Kami
inginkan kata-kata kehidupan! Kami haus Perkataan dari Tuhan!" Namun semuanya
sudah terlambat, sebab Tuhan sudah mengambil GerejaNya bersama-sama dengan Dia.
Saya
melihat ramai remaja perempuan dan lelaki
melarikan diri ke dalam rimbunan semak, juga ke pergunungan bagi mencari kedamaian.
Mereka mahukan kedamaian tetapi tidak mendapatkannya. Tuhan Yesus memberitahu
saya sebabnya, "Hamba, Aku telah
mengambil Gereja Ku, dan sekarang syaitan telah berkuasa."
Syaitan sudah menguasai seluruh Bumi dan dan melakukan penyeksaan ke atas Bumi!.
Semua orang terpaksa melarikan diri ke satu tempat ke tempat yang lain.
Orang-orang memakan hidup-hidup sesama sendiri, saling bercakaran bertarikan
rambut sesama sendiri. Mereka saling menuduh dan mencederakan sesama sendiri
kerana mereka ingin mencari kedamaian yang mereka tidak temui. Adalah mustahil
bagi mereka akan menemuinya kerana Tuhan Yesus sudah mengambil GerejaNya.
Suatu
keadaan yang dahsyat berlaku di bumi, Saya terlihat benda-benda yang
mengerikan. Begitu ramai orang saling berlawan sesama sendiri dan berkata, "Kami mahukan kasih! Kami mahukan kedamaian!"
Namun sudah terlambat! Tuhan Yesus memberitahu saya, "Lihat hamba Ku, Aku berkata kepada mereka, Aku
mengambil masa mengetuk hati semua orang ini, tetapi mereka tidak mahu mencari
Ku. Jadi, sekarang mereka telah tertinggal, tidak ada apa lagi yang Aku boleh
lakukan kepada mereka. Mengapa?, sebab Aku sudahpun mengambil Gereja
bersama Ku. Sementara semua umat pilihan Ku bersama Ku di syurga merayakan
Perkahwinan Anak Domba Allah sebaliknya semua orang yang tertinggal mengalami
penderitaan yang dahsyat dengan tangisan dan gertakan gigi. Sebab mereka tidak
menurut Perkataan Ku, mereka lebih cenderung mempermainkan dan mengkritik
Perkataan Ku.
-BUKU KEHIDUPAN-
Selepas itu Tuhan Yesus memperlihatkan saya satu Buku
cantik yang sangat Besar. Ianya berkilau dibuat dari emas. Saya berkata, "Tuhan, untuk apakah buku yang besar itu?”
Lalu Tuhan Yesus menjawab, "Hamba, di dalam buku ini tercatat nama-nama mereka
yang memuji Ku, dan nama-nama mereka yang telah bertaubat dan mengikuti jalan
Ku. Atas sebab ini Aku wujudkan Buku Kehidupan. Di dalamnya tertulis nama-nama
mereka-mereka yang bersekutu
bersama, memuji dan memuliakan
nama Ku." Buku itu
sungguh besar, ayat tulisannya
dibuat dari emas. Dia
berkata, "Lihat hamba Ku, banyak
nama-nama di sini belum lagi dipadamkan
atas kemurahan Ku, walaupun ramai
yang telah berpaling tadah dari Ku. Ramai
yang berpaling tadah dari Ku, tetapi atas kemurahan Ku yang sungguh
besar maka Aku belum lagi memadamkan nama mereka sebab Aku tidak mahu memusnahkan hidup mereka,
sebaliknya Aku mahu agar setiap
seorang mendapat kehidupan kekal.” Saya menyentuh Buku itu, dan
saya terlihat banyak nama-nama tertulis di dalamnya.
-NERAKA-
Selepas
itu Tuhan Yesus berkata kepada saya, "Hamba, Aku akan tunjukkan kamu Neraka."
Saya menjawab, "Tuhan, jangan, saya
tidak mampu menanggungnya, semua yang
telah Tuhan tunjukkan pun sudah mencukupi."
Lalu Tuhan Yesus berkata, "Hamba, Aku
akan tunjukkan Neraka kepada mu supaya kamu dapat memberitahu Gereja dan semua
orang bahawa adanya Syurga dan juga Neraka." Lalu
kami mulai turun ke bawah. Dari jauh lagi saya mula terdengar suara teriakan dan keluhan. Saya berkata, "Tuhan keluarkan saya dari sini sebab saya tidak
sanggup menghadapinya!” Tuhan
Yesus menjawab, "Lihat hamba Ku, jangan
takut sebab Aku berserta mu." Kami terus turun dan
melepasi beberapa terowong. Ternyata keadaan di situ sungguh gelap yang
tidak pernah saya alami di Bumi.
Kami
berjalan melalui tembok-tembok dan saya terdengar begitu banyak jiwa yang
berteriak. Teriakan kesakitan dan kesengsaraan. Tuhan Yesus berkata, "mari
hamba Ku, teruskan perjalanan." Kemudian kami sampai
ke satu tempat di mana ada seorang
perempuan berteriak. Saya bertanya kepada Tuhan Yesus, "Tuhan, kenapa kita berhenti di sini?”
dan Tuhan Yesus menjawab, "Lihat hamba ku, lihat baik-baik orang ini, sebab
orang ini adalah saudara mu waktu di
bumi." Dan saya menjawab, "Siapakah dia ini Tuhan? Saya tidak kenal orang ini”
Kemudian Tuhan Yesus menjawab, "Orang
ini adalah nenek kamu, seorang saudara mu semasa di bumi, dia seorang yang
tidak boleh dipercayai, sebab itulah dia berada
di sini sekarang."
Perempuan
itu berkata, "Tolong berikan saya air,
keluarkan saya dari sini, saya tidak tahan lagi dengan kesengsaraan di sini,
aku haus,” tetapi saya tidak
dapat berbuat apa-apa kepadanya, lalu
saya menangis, itu saja yang saya mampu lakukan. Kemudian saya berkata,
"Tuhan atas belas kasihan Mu yang tidak
terhingga, atas kebaikan Mu yang tidak terbatas, keluarkan dia dari sini!,
kenapa dia di sini, sedangkan ibubapa
saya memberitahu dia ini sudah berada di syurga?”
Lalu Tuhan
Yesus berkata, "Hamba Ku, Paderi itu
memberitahu ibubapa mu yang dia sudah
masuk ke syurga, tetapi itu dusta. Itu tidak benar, sebab dia (nenek itu) tunduk kepada imej, dia mengagungkan imej, dan lihatlah
bagaimana imej itu tidak menyelamatkan dia. banyak kali Aku mengetuk
hatinya supaya terbuka dan Aku dapat memasukkinya, namun sebaliknya dia
menggunakan Perkataan Ku suatu
keseronokan semata-mata. Dia memilih mengikuti dunia ini daripada
menghormati Nama Ku, sebab itulah dia di sini. Dia tidak pernah menerima
Perkataan Ku, dia tidak pernah bertaubat, dan Paderi itu memberitahu mereka yang dia telah dibawa ke syurga dan
sudah mendiami rumah besar yang cantik di syurga, tetapi itu semua dusta. Lihat hamba
Ku, di mana dia berada sekarang." Perempuan
itu sedang menangis dengan penuh penderitaan. Lalu dia berkata, "berikan
saya air! Keluarkan saya dari sini!" Tuhan Yesus berkata, "Hamba, Aku tidak dapat berbuat apa-apa kepada dia,
jiwanya bukan milik Ku lagi.” Kemudian kami berpaling dan beredar dari situ.
Kedengaran suara perempuan itu menjerit, "jangan!
jangan tinggalkan aku di sini! Berikan saya air! Keluarkan saya dari
tempat ini!” dia tidak mampu berbuat apa lagi.
Kami
terus memerhatikan orang-orang di situ. Ada
jiwa-jiwa yang cuba meraba, meragut pakaian Tuhan Yesus sambil berkata, "keluarkan kami dari sini!." Tetapi
Tuhan Yesus berkata kepada mereka, "jauhkan
diri kamu dari Ku, sebab kamu bukan lagi
milik Ku, kamu telah dimiliki oleh syaitan dan roh-roh penyesat” Keadaan tempat itu sungguh mengerikan. Begitu
banyak jiwa, begitu ramai orang.
-tahkta
syaitan-
Kami
teruskan perjalanan, terus menunggang dan tiba ke satu tempat yang dahsyat,
lalu Tuhan Yesus berkata, "lihat sini
hamba Ku, Aku akan tunjukkan kepada mu bagaimana tahkta syaitan."
Saya berkata kepada Tuhan Yesus, "jangan
Tuhan! Saya tidak mahu lihat tahkta itu!.”
Tuhan Yesus menjawab, "jangan
takut hamba Ku, sebab Aku berserta mu." Lalu kami
sampai ke satu tempat yang amat mengerunkan, saya melihat satu kerusi sangat
besar dengan syaitan sedang duduk di atasnya. Dia mempunyai kuku besar, dan
kelihatan dia sedang ketawa terbahak-bahak tanpa henti. Saya juga terlihat
iblis ada di mana-mana dengan saiz yang berbeza-beza. Saya melihat kerajaan
kecil, saya melihat kubu-kubu, saya melihat iblis yang berbeza-beza. Kemudian
saya melihat bagaimana syaitan memberi perintah iblis-iblis ini naik ke bumi untuk memprovokasi segala jenis
kesesatan.
Saya
melihat bagaimana iblis-iblis ini naik ke bumi menimbulkan kemalangan,
pembunuhan, pergaduhan, perceraian dan segala jenis pengaruh syaitan. Kemudian
iblis-iblis ini turun semula dan melaporkan kepada ketua syaitan apa yang telah
dilakukannya, lalu syaitan itu seronok
ketawa tanpa henti. Syaitan memberi hadiah kepada iblis-iblis itu, lalu mereka
berpesta, memuji dan menyanyi bagi syaitan itu.
Saya
melihat bagaimana syaitan itu mempunyai banyak rancangan bagi memusnahkan orang
Kristian. Suatu rancangan besar bagi
memusnahkan pekerja-pekerja Tuhan. Saya melihat Gereja-Gereja dan jemaat-jemaat
yang besar penuh dengan sifat modenisme.
Tuhan Yesus berkata kepada saya, "lihat
hamba Ku, Gereja-Gereja ini telah dikuasai syaitan, dan mereka tidak akan naik
bersama Ku."
Tuhan
Yesus menunjukkan kepada saya bagaimana
iblis-iblis ini menimbulkan banyak pembunuhan, lalu jiwa-jiwanya menuju ke tempat kutukan Tuhan, tempat yang
mengerikan. Saya terlihat relau api, dan Tuhan Yesus berkata, "lihat hamba ,inilah jurang api dan di sinilah
neraka."
Setiap
kali iblis-iblis provokasikan pembunuhan, semua jiwa-jiwa akan jatuh ke tempat ini. Nyalaan api membakar dan
meleburkan mereka. Jiwa-jiwa ini
kemudian menangis kesakitan dan kengerian. Kemudian iblis-iblis ini kembali kepada
syaitan yang bertahkta dan memberitahu
apa yang telah mereka lakukan. Syaitan akan terus-terusan ketawa dan
menghadiahkan kepada iblis-iblis ini, lalu semua iblis menyanyi dan
melompat-lompat bagi dia, dan melakukan berbagai perkara bagi merayakan ketua
mereka. Syaitan ketawa gembira dan bangga kerana semua jiwa-jiwa itu masuk ke
neraka. Jiwa-jiwa ini terus jatuh setiap saat ke dalam neraka, dan syaitan amat
bangga kerana dia dapat berhenti ketawa.
Saya
juga merasakan suasana kuasa jahat iblis wujud di tempat itu, begitu banyak
kubu. Lalu saya berkata, "Tuhan, tolong
keluarkan saya dari sini, saya tidak boleh tahan lagi.” Iblis-iblis akan mencucuk dan menyeksa semua jiwa di situ
lalu jiwa ini menjerit, "Tinggalkan kami
sendirian! Biarkan kami hidup dalam aman, kami tidak mahu penyeksaan, kami
inginkan kedamaian!" tetapi iblis terus ketawa tidak peduli.
-KOTA SUCI-
Selepas
itu kami meninggalkan tempat itu dan Tuhan Yesus berkata, "Lihat hamba, Aku akan menunjukan kepada mu kota Suci, supaya kamu
dapat memberitahu umat Ku tentang Kebesaran Ku kepada mereka.” Kami
naik ke atas dan sampai ke satu tempat yang cantik, ada pokok-pokok kayu yang
cantik, pokok pinus yang sangat tinggi. Semuanya sungguh cantik di sana . Saya boleh rasakan
ada damai di tempat itu.
Di
pintu masuk Kota
itu terpapar satu bentukan pelangi yang
cantik. Banyak Malaikat berdiri di kedua-dua tepi jalan. Kami melalui
satu pintu dan Tuhan Yesus berkata, "Hamba,
inilah Kota
Suci." Kami terus
berjalan sehingga sampai ke sebuah Taman indah yang penuh dengan bunga Ros, yang tidak
pernah saya jumpa di Bumi.
Saya melepaskan
pegangan tangan Tuhan Yesus untuk berlari ke taman itu. Saya memeluk bunga-bunga itu, ianya sungguh indah dengan
wanginya yang sungguh harum. Kemudian saya cuba memotong satu bunga tetapi
Tuhan Yesus berkata "Jangan hamba Ku,
kamu tidak boleh mengambil apa-apa di sini buat masa sekarang. Kamu hanya boleh
mengambil bunga di sini apabila
umat-umat Ku sudah berada di sini, apabila Gereja Ku tiba di sini, masa itulah
kau boleh memetik bunga-bunga ini.” Kemudian saya berkata, "Tuhan, saya ingin mengambil hanya satu bunga supaya
boleh saya tunjukkan kepada mereka di Bumi dan juga semua Gereja.” Tetapi
Tuhan Yesus menjawab, "Tidak, hamba Ku,
sebab umat Ku belum ada di sini lagi." Saya
melihat banyak jenis bunga-bunga yang cantik
ada di situ.
Kemudian
kami terus menunggang melalui satu tanah lapangan berumput hijau dan Tuhan
Yesus kemudian duduk di atasnya dan sambil tersenyum Dia berkata kepada saya, "Hamba, semua ini boleh kau sentuh dan lihatlah
semua ini Aku sediakan bagi umat Ku."
Kami
kemudian menunggang ke satu tempat yang mempunyai satu pokok yang sangat besar
yang banyak buahnya. Saya berkata, "Tuhan,
pokok apakah ini? Apakah tujuan pokok
ini dan semua buah-buah ini?” Saya
juga cuba
mengambil satu biji buah ini tetapi
Tuhan Yesus sekali lagi berkata,"Jangan hamba Ku, kamu belum boleh memetik buah-buah
itu sebab pokok ini adalah Pokok Kehidupan. Sebab buah dari pokok inilah umat Ku harus makan
apabila mereka berada di sini." Pokok itu mempunyai
banyak buah-buah yang cantik. Kemudian kami terus menunggang, dan saya terlihat
banyak rama-rama dan haiwan. Tuhan Yesus
berkata, "Hamba, semua benda ini
adalah untuk umat Ku. Beritahu mereka bahawa tidak lama lagi mereka akan ke
sini, menunggang di dalam Kota
Suci."
Kami teruskan perjalanan dan sampai ke satu
lagi tempat yang cantik dan terdapat banyak pokok-pokok besar dan pokok-pokok
pinus. Tuhan Yesus berkata, "Hamba,
semua ini adalah untuk umat Ku. Hamba, mari ke sini sebab Aku akan
tunjukkan sesuatu yang menghairankan."
Kami
tiba pada suatu tempat yang sesak dengan Malaikat. Kelihatan satu Malaikat yang sangat besar sedang siap memegang satu
Trumpet yang sangat besar di mulutnya. Saya berkata, "Tuhan, apakah tujuan Malaikat itu?" lalu Tuhan Yesus menjawab, "Lihat hamba Ku, Malaikat ini sedang menunggu
isyarat yang sedia akan Ku perintahkan, supaya dia akan meniup Trumpet itu,
jadi apabila Malaikat ini meniup
trumpet, umat Ku akan diambil, naik dan
tubuh berubah.Tetapi harus ingat bahawa
bunyi Trumpet ini hanya akan dapat didengar oleh mereka yang sedang
menanti berjaga-jaga.! Oleh itu beritahu umat Ku jangan tidur, sebab jika
kamu tertidur, kamu tidak akan mendengar bunyi Trumpet itu, beritahu umat Ku
berjaga-jaga, sebab jika kamu sedang tidur Aku tidak akan mengangkat
mereka."
Malaikat
itu sungguh besar dan cantik. Dan banyak Malaikat-Malaikat lain berada di
belakangnya dengan Trumpet yang lebih kecil. Trumpet itu diperbuat dari emas
dan kelihatan ada pancaran yang sangat
terang keluar darinya. Tuhan Yesus berkata, "Hamba,
beritahu umat Ku bersiap-sedia, sebab Aku
dalam detik-detik akhir memberikan arahan supaya Trumpet itu
dibunyikan."
Kami terus menunggang lagi, dan Tuhan Yesus
berkata "Lihat hamba Ku, Aku akan
tunjukkan kamu Tahkta milik Bapa Ku. Aku belum tunjukkan ini kepada mu,
tetapi Aku akan tunjukkan itu sekarang,
supaya kamu pergi dan beritahu hal ini kepada
umat Ku bahawa Bapa Ku adalah nyata dan Aku juga nyata." Kami semua, Tuhan Yesus, Malaikat dan saya
mulai berjalan menuju ke tempat itu. Dari jauh lagi saya merasakan
seolah-olah saya tidak mampu meghadapi Tahkta itu. Saya tidak mampu berdiri
berhadapan dengan Kuasa dan Kemuliaan itu. Semasa kami kian menghampiri, saya
merasakan seperti kaku, sukar bagi saya berjalan. Jikalau Malaikat-Malaikat itu
tidak memegang ku, pasti saya tidak dapat berjalan.
Kami
tiba di Tahkta Allah Bapa, dan saya merasakan satu Kuasa Tuhan yang kuat memancar dari Tahkta itu.
Kelihatan pancaran kilat meliputi
Tahkta, pancaran yang sungguh Kuat dan
Gemilang. Kuasa itu menyelubungi Tahkta, menyerlah seperti emas. Ada seseorang Lembaga
duduk di atas Tahkta itu, tetapi saya tidak dapat melihat wajahNya. Saya tidak
dapat bertahan dengan Kuasa yang datang dari Tahkta itu. Saya hanya terlihat bahagian tubuh Bapa dari
pinggang ke bawah. Tetapi bahagian
tubuhNya dari pinggang ke atas tidak dapat saya nampak lalu saya tersungkur ke
lantai. Saya tersungkur sebab saya tidak dapat bertahan menghadapi Kuasa dan
Kemuliaan-Nya.
Selepas
itu, saya terlihat ada 24 orang tua-tua
memuji dan memuliakan Nama Tuhan. Kelihatan banyak Malaikat-Malaikat memuliakan
Nama Tuhan. Kesemua 24 orang tua-tua itu melutut sambil berkata "Kudus, Kudus, Kuduslah Engkau Tuhan!" Malaikat-Malaikat itu terus
memuliakan dan memuji Tuhan tanpa penat,
begitu juga dengan ke-24 orang tua-tua itu tidak berhenti memuji Nama Tuhan.
Satu api keluar menyala dengan hebat dari tahkta itu dan banyak benda-benda
yang cantik kelihatan di dalam tahkta itu.
Kemudian
kami meninggalkan tempat itu dan terus ke suatu tempat di mana seorang
Malaikat yang besar berdiri. Saya
bertanya kepada Tuhan Yesus, "Tuhan, siapakah
Malaikat ini?” Tuhan Yesus menjawab,
"Lihat hamba Ku, dialah malaikat Gabriel,
dan yang satu lagi ialah malaikat
Michael." Mereka sungguh besar dan cantik. Tuhan
Yesus berkata,"Hamba, beritahu kepada
umat Ku bahawa Malaikat Gabriel dan Malaikat Michael benar-benar ada.”
Selepas
itu Tuhan Yesus berkata, "Hamba, mari ke
sini, Aku akan tunjukkan cemeti itu." Kami tiba ke satu tempat dan Tuhan Yesus
mengeluarkan satu cemeti yang mempunyai tiga cabang di hujungnya. Dia
memukulnya ke atas satu kerusi besar,
dan berkata, "Hamba, ini adalah untuk
mereka yang tidak taat, penyebat ini adalah bagi mereka yang tidak patuh kepada
Perkataan Ku, oleh itu Aku menyebat mereka dengan cemeti ini, sebab Aku menghukum
mereka yang Ku kasihi." Saya melihat bagaimana
Tuhan Yesus demonstrasi menghayun cemati ini ke atas kerusi, dan saya berkata,
"Tolong Bapa, jangan sebat saya dengan cemeti itu!” Dia
menjawab, "Baik hamba Ku, jika begitu
taatlah kepada Ku, sebab sesiapa yang tidak taat, Aku akan mendisiplinkan dia.(Wahyu
3:19) Barangsiapa Ku kasihi, ia
Ku tegur dan Ku ajar; sebab itu relakanlah hatimu dan bertaubatlah!.)
Kemudian
Tuhan Yesus perlihatkan saya dengan satu tempat yang sangat penting, satu
tempat yang luar biasa dimana banyak sekali Mahkota emas. Mahkota-Mahkota itu
sudah tertulis nama pemiliknya dan penuh dihiasi batu Mutiara! Tuhan Yesus kemudian
berkata, "Lihat hamba Ku, Mahkota yang
ini adalah untuk hamba Ku Yiye Avila dan yang itu adalah untuk hamba Ku Arturo
Garcia." Mahkota itu sungguh cantik! Pada satu
Mahkota tertulis "Aida Vadillo", yang satu lagi tertulis nama "Miguel Duran", dan yang lain "Armando
Duran." "Tuhan, sekarang saya boleh melihat dan memegang
semua Mahkota milik hamba-hamba ini,” Saya juga dapat melihat
Mahkota milik "Pablo Pintado", dan "Nahum
Zamudio."
Tuhan
Yesus berkata, "Hamba, tempat ini Aku
benarkan kau melihat untuk buktikan kepada mu bahawa Mahkota-Mahkota milik hamba-hamba Ku yang telah berkerja di ladang
anggur Ku. Mereka kini bersama Ku di sini.
Kamu dapat perhatikan hamba Ku yang memberitakan Perkataan Ku bahawa Aku
memberi upah yang besar kepada mereka.” Saya terlihat ribuan dan beribu-ribu
Mahkota ada tertulis nama di atasnya.
Saya
menyentuh Mahktota yang lain, tetapi keadaan batu yang terletak padanya mula jatuh
tertanggal. "Tuhan! Jangan biarkan Mahkota ku jadi begini!" Tuhan Yesus berkata, "Lihat hamba Ku, ini yang terjadi ke atas Mahkota
yang tidak lagi bekerja di ladang
anggur Ku, mereka–mereka yang telah
berpaling dari memuji Ku. Lihatlah ini,
hamba Ku, apa yang terjadi ke atas Mahkota bagi mereka yang tidak lagi memuji
Ku. Hamba-hamba Ku yang tidak mahu bekerja di ladang anggur Ku." (Wahyu 3:11)
Kemudian
Tuhan Yesus membawa saya ke satu tempat yang sangat cantik, di mana kelihatan
ramai orang yang sedang tidur. Mereka memakai Jubah yang sangat putih. Saya
berkata, "Tuhan, siapakah orang-orang ini?" Tuhan Yesus menjawab, "Lihat hamba ku, semua mereka ini adalah yang telah
mati di bumi dan sekarang mereka sedang beristirehat di syurga, dan apabila Aku
mengarahkan supaya Trumpet dibunyikan, mereka yang telah mati harus bangkit
dahulu kemudian barulah yang masih hidup di Bumi."
Kelihatan begitu ramai di sana
dengan pakaian yang sungguh putih. (1
Tesalonika 4:16-17)
Tidak
ada seorang pun bercakap-cakap, mereka hanya tidur dengan nyenyak sekali.
Kemudian Tuhan Yesus memberitahu saya, "Hamba,
mereka ini sedang berehat, tetapi apabila Trumpet dibunyikan, mereka semua ini
akan naik dahulu, kemudian mereka yang masih di Bumi akan mengikuti naik datang ke tempat Ku. Selepas
itu kita akan merayakan Perkahwinan Anak Domba Allah."
[Tamat]
No comments:
Post a Comment